Ahad, Disember 27, 2015

Hadits Qudsi tentang keutamaan Tauhid

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, Allah Subhanahu wata'ala berfirman; 

"Siapa yang melakukan kebajikan, maka ia mendapatkan sepuluh kali lipatnya dan ditambah. Sebaliknya, siapa melakukan keburukan maka balasannya adalah keburukan semisalnya atau Aku ampuni. Siapa yang mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya satu hasta, siapa yang mendekat padaKu satu hasta, maka Aku mendekat kepadanya satu depa. Siapa yang datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya berlari. Barangsiapa menemuiKu dengan dosa sepenuh bumi tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu apapun, maka Aku menemuinya dengan pengampunan yang sama." 

( H.R Muslim, Ahmad, Ibnu Majah - Shahih)

Khamis, Disember 24, 2015

Day 4 Part 1 / Attaturk Airport, King Abdulaziz Airport

Hari keempat kami meninggalkan Istanbul untuk menunaikan umrah, flight
Turkish Airline direct ke Jeddah 
Agak kelam-kabut di Attaturk Airport menyebabkan beberapa ahli
rombongan tidak sempat memakai ihram termasuk aku & abah, jadi kami
terpaksa menukar ihram di dalam flight 
Perjalanan dari Istanbul ke Jeddah dengan lencongan
besar untuk mengelak kawasan Sinai dimana pesawat
Russia diletupkan IS sebagai balasan Russia mengebom
rakyat IS di Syria
Di dalam bas menuju balai ketibaan, sempat berborak
dengan seorang jemaah dari Morocco di dalam ini
Proses untuk selesai urusan di Jeddah Airport lebih lama dari tempoh
penerbangan, menyebabkan kami semua kepenatan
Bergilir-gilir menunggu beg kami, Alhamdulillah semua
beg selamat
Jemaah dari India yang kelam kabut nak cepat, kena
marah dengan +mel a sebab tak reti beratur & tak sabar
Satu lagi gambar, ketika urusan imigresen di
Jeddah Airport

Rabu, Disember 23, 2015

Day 3 Part 8 / Grand Bazaar

Setelah kepenatan melawat Topkapi Palace, Hagia Sophia & Blue Mosque
Tibalah masanya untuk makan tengah hari, agak lewat makan tengah hari
pada hari ini kerana banyak yang dilawati dan luas tempatnya. Kami makan
tengah hari di Buhara 93 Restaurant di sekitar Dataran Sultanahmet
Agak eksklusif restaurant-resaurant yang dibawa sekitar Istanbul sepanjang
2-3 hari di sini, menunya ialah Turkish Kebab. 
Seterusnya kami dibawa ke Masjid Sulaimani, iaitu satu
lagi peninggalan sejarah Uthmaniyyah, tidak semua
ahli rombongan turun kerana ramai yang telah keletihan 
Jalan ke Süleymaniye Mosque, Istanbul
Kami dibawa ke kedai karpet, memang cantik karpet yang dipamerkan
tetapi harganya sangat mahal. Timbul pertanyaan karpet / sejadah yang
dijual di Malaysia yang Made in Turkey tu betul2 dari Turkey atau pun
penipuan kerana pembuatan karpet Turkey sangat bermutu dan unik 
Hampir ke sebelah malam kami ke Grand Bazaar, satu tempat yang perlu
dilawati jika ke Istanbul. Dikatakan bazaar yang paling besar menempatkan
5000 kedai di dalamnya, pelbagai barangan dijual di sini antaranya
pashmina, turkish delight, perhiasan, pakaian dan barangan cenderamata
Suasana di Grand Bazaar
Emak & Wife borong pashmina di sini
Pelbagai jenis turkish delight boleh didapati di sini
Satu lagi restaurant eksklusif tempat kami makan malam

Day 3 Part 7 / Blue Mosque

Bahagian dalam Masjid Biru
Masjid yang sentiasa penuh dengan pelancong
Terdapat 4 Mineret Masjid Biru yang balace-membalance
antara satu sama lain
Terdapat dataran di bahagian belakang masjid, ketika ini hujan turun
dengan agak lebat
Salah satu tingkap di Masjid Biru, penuh kesenian
marmar diukir sebegitu rupa
Pintu masuk ke ruang solat, selipar / kasut perlu
ditanggalkan dan dibungkus masuk
Salah satu mineret dalam pembaikian
Abah dan +mel a keluar dari majid
Meunggu jemaah lain selesai
Pengalaman yang sangat berharga bila dapat ke sini, wish punya lebih masa
untuk berada lebih lama dalam masjid ini

Link: Blue Mosque

Day 3 Part 6 / Blue Mosque

Abah & Emak menuju Blue Mosque 
Romantik betul berpayungan menuju Masjid Sultanahmet
Tak sabar untuk ke masjid ini
Biasa tengok digambar, kini kami sampai juga ke masjid ini
Punyalah sejuk ambil wudhu' di sini, dah la hujan
Selesai jamak qasar di sini, antara doa ialah agar dapat tinggal dalam khilafah
Masjid yang sangat cantik di bina pada 1609 dan siap pada 1616
Bahagian dalam dome utama
Antara keunikan masjid di Istanbul ini ialah lampu gantung yang
rendah ke bawah
Rugi tak sempat berjemaah awal waktu di sini

Link: Sultan Ahmet Mosque / Blue Mosque

Selasa, Disember 22, 2015

Day 3 Part 5 / Ayasofya

Gemuk-gemuk kucing di Istanbul
Kucing di Hagia Sophia
Mungkin tempat mengambil wudhu di Hagia Sophia
Sangat detail pembuatannya
Blue Mosque atau Masjid Sultanahmet
Bergambar di tempat wudhu'
Tengah buat apa tu?
Di Hagia Sophia ini juga dikuburkan sultan-sultan kerajaan
Uthmaniyyah termasuk juga Sultan Mehmet Al-Fatih
Coffee stall outside Hagia Sophia
Menunggu ahli rombongan lain yang tersasar waktu,
terpaksa menunggu lama di luar sedangkan azan Asar
sedang berkumandang