Rabu, Disember 23, 2015

Day 3 Part 8 / Grand Bazaar

Setelah kepenatan melawat Topkapi Palace, Hagia Sophia & Blue Mosque
Tibalah masanya untuk makan tengah hari, agak lewat makan tengah hari
pada hari ini kerana banyak yang dilawati dan luas tempatnya. Kami makan
tengah hari di Buhara 93 Restaurant di sekitar Dataran Sultanahmet
Agak eksklusif restaurant-resaurant yang dibawa sekitar Istanbul sepanjang
2-3 hari di sini, menunya ialah Turkish Kebab. 
Seterusnya kami dibawa ke Masjid Sulaimani, iaitu satu
lagi peninggalan sejarah Uthmaniyyah, tidak semua
ahli rombongan turun kerana ramai yang telah keletihan 
Jalan ke Süleymaniye Mosque, Istanbul
Kami dibawa ke kedai karpet, memang cantik karpet yang dipamerkan
tetapi harganya sangat mahal. Timbul pertanyaan karpet / sejadah yang
dijual di Malaysia yang Made in Turkey tu betul2 dari Turkey atau pun
penipuan kerana pembuatan karpet Turkey sangat bermutu dan unik 
Hampir ke sebelah malam kami ke Grand Bazaar, satu tempat yang perlu
dilawati jika ke Istanbul. Dikatakan bazaar yang paling besar menempatkan
5000 kedai di dalamnya, pelbagai barangan dijual di sini antaranya
pashmina, turkish delight, perhiasan, pakaian dan barangan cenderamata
Suasana di Grand Bazaar
Emak & Wife borong pashmina di sini
Pelbagai jenis turkish delight boleh didapati di sini
Satu lagi restaurant eksklusif tempat kami makan malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan