Memaparkan catatan dengan label mosque. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mosque. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 21, 2025

Travelog Kincir Air Mlinčići, Masjid & Cafe Malaysia Dan Sarajevo (Bosnia & Herzegovina)

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat. Sambung siri catatan travelog Balkan 2025 pagi ini. Selesai di Zagreb kemi meneruskan perjalanan untuk bermalam di Bihac, Bosnia. Sungguh teruja rasanya untuk menjejakkan kaki di bumi Bosnia. Siapa yang pernah melewati zaman 90an pasti akan ingat peristiwa peperangan di Balkan yang melibatkan tiga negara utama iaitu Serbia, Bosnia dan Croatia. Lebih dari 50% rakyat Bosnia adalah beragama Islam. Pasca peperangan Malaysia pada ketika tu membantu dengan menghantar tentera pengaman di bawah United Nation. 

Kami bermalam di Hotel Rekic, di bilik hotel ini ada sofa bed, jadi dapatlah kami tidur dengan selesa. Apapun ada masalah juga pada pintu bilik, dah puas dicuba tetapi pintunya tak boleh dikunci. Disebabkan malas nak tukar bilik kami stay sahaja dengan menyendal pintu dengan beg besar semasa tidur. Paginya kami bersarapan mana yang meyakinkan sahaja kerana tiada jaminan halal walaupun dah berada di Bosnia. Walaupun ramai yang Islam namun ia bukanlah seperti di Malaysia, ada pihak berkuasa yang memantau status halal hotel-hotel.

Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Jacje. Di sini kami singgah di sebuah tasik  yang ada kesan peninggalan kincir air lama Mlinčići. Terdapat berpuluh kincir air dibina mengisar hasil tanaman sekitar 400 tahun dahulu. Kincir air ini dibina sekali dengan rumah kecil, dengan jambatan kayu yang menghubungkan antara setiap kincir air. Walaupun ia dibina di atas tasik, air yang melalui bawah kincir deras juga. Mungkin terdapat takung besar tasik di atas dan dilepaskan air masuk ke bawah dan melalui kincir air ini. Rumah-rumah kecil ini dilihat seperti tempat tinggal orang kerdil (seperti hobbit). Sangat mendamaikan apabila dapat berjalan sekitar tasik, melihat itik berenang di air dan menaiki jambatan kayu yang menghubungi antara tiap rumah kincir (hati-hati kerana ada tempat yang licin). Boleh lihat gambarnya di bawah pada gambar ke 2 hingga ke 4. 

Begitu ralit ahli rombongan mengambil gambar di sini sampaikan tour guide terpaksa menjerit-jerit memanggil supaya dapat kami meneruskan perjalanan. Mungkin ada yang teringin nak tinggal di sini agaknya. Kami menelusuri kawasan berbukit menuju ibu negara Bosnia iaitu Sarajevo. Dalam perjalanan kami dapat lihat banyak kampung-kampung di sepanjang perjalanan, diceritakan kebanyakan rumah-rumah ini tiada penghuni kerana ramai orang muda mingrate ke negara Eropah lain yang lebih maju untuk bekerja. Berkemungkinan juga rumah-rumah itu hanya sebagai rumah singgah yang dibeli orang-orang kaya untuk tujuan travel.

Dalam perjalanan ke Sarajevo kami singgah di Masjid Malaysia. Ini adalah satu kejutan yang tidak diberitahu dahulu oleh tour guide. Macam tak percaya ada masjid yang diberi nama Džamija Malezija (Masjid Malaysia) di sini. Disebabkan perut dah lapar eloklah kita makan dahulu sebab dah nampak Cafe Malaysia pula di tepi masjid ini. Kami dihidangkan dengan starter sup telur macam ada campur maggi yang hancur halus. Memang kegemaran akulah sup-sup ini, kemudian main dishnya adalah roti dengan daging mince di dalamnya, terus terlintas roti murtabak huhuhu. Rasanya seakan murtabak cuma lebih keras dan kering. Kemudian kami masuk ke masjid untuk solat jamak dan qasar. Lega dapat ke toilet yang ada air dan percuma. Masjidnya luas dan selesa, diluarnya ada plak yang tertera nama Dr Mahathir. Bangga jugalah kerana ada bukti jelas sumbangan rakyat dan kerajaan Malaysia dalam membantu Bosnia. 

Panjang pula jadi catatan ini, akhirnya sampai juga kami ke Sarajevo. Sebelum tiba di Sarajevo ketika melalui jalan yang ada apartment di kiri kanan jelas masih ada kesan peperangan yang tidak dibaiki. Kesan peluru pada dinding bangunan masih ada kelihatan. Sambil-sambil tu tour guide mendendangkan satu lagu tempatan. Sedap juga suaranya. Sarajevo sebenarnya bukanlah satu bandar yang maju sangat, pada tahun 1984 Sarajevo terpilih untuk menganjurkan sukan Winter Olympic. Disebabkan hotel tidak mencukupi rakyat Sarajevo bersedia menumpangkan pengunjung di rumah mereka, sehingga kini mereka sangat berbangga dengan penganjuran itu sampaikan pada fridge magnet atau key-chain cenderamata masih boleh didapati maskot Winter Olympic 1984 dijual. 

Pusat bandar Sarajevo yang menjadi tumpuan pelancong agak unik kerana bandarnya seperti terpecah kepada dua, satu bahagian adalah bandar lama dan sebelah lagi bandar baru dan moden. Bangunannya berbeza binaan dan ada batas antaranya. Kami diterangkan tentang di mana hotel pertama di Sarajevo, diceritakan penghuni dilayan seperti tetamu selama 3 hari tanpa perlu membayar hotel dan makan. Sarajevo menjadi tempat persinggahan yang menghubungkan laluan keretapi dari Eropah dan Asia (Turki). Lama kami mundar mandir di Sarajevo, sempat juga solat Maghrib dan Isya di sebuah masjid lama sayangnya tak boleh masuk ke dalam hanya solat di bahagian luar dalam kesejukan. Kami makan malam di sebuah restoran yang menyesiakan daging hancur yang dikepal kemudian dibakar. Macam biasa aku makan sampai habis sedangkan ramai juga yang tak berjaya menghabiskan makanan.         

Isnin, Februari 10, 2025

Travelog Ljubljana (Slovenia) dan Zegreb (Croatia)

Assalamulaikum dan selamat pagi. Pagi ni cuba untuk sambung sedikit catatan bagi siri travelog Balkan 2025. Setelah selesai di Italy kami meneruskan perjalanan menaiki bas menuju ke Ibu Negara Slovenia iaitu Ljubljana, sebutannya Jubjana. Memasuki Slovenia bermakna kami telah mula masuk ke negara-negara balkan. Slovenia merupakan sebahagian Yugoslavia pada masa dahulu, ia merupakan negara yang lebih maju berbanding negara Balkan lain, ini menjadikan bandar-bandar di Slovenia menjadi tempat mencari rezeki bagi negara sekitarnya. Slovenia menggunakan mata wang Euro. 

Kami tiba di Ljubljana dalam pukul 4.20PM, cuacaanya hampir sama seperti di Italy iaitu hujan renyai-renyai. Aku yang berjeket kain cotton agak susah sedikitlah, next time kalau ke tempat yang bermusim winter kena consider jaket yang water-prove. Selain itu boleh juga bawa atau beli payung. Kami berkumpul di Prešeren Square. Walaupun square tetapi tempat ni sebenarnya bulat! Di sini kami berpisah dengan kumpulan lain dan mula menuju kawasan sekitar. Di antara tarikan di Ljubljana ialah Dragon Bridge, jambatan ini bukan sahaja penting tetapi bersejarah dan menjadi ikon kepada bandar Ljubljana. Di kedua belah jambatan ini terdapat patung dragon berwarna hijau mungkin kesan dari patina. 

Setelah bergambar di sekitar bandar kami terus berjalan menuju kedai makan. Menu pada malam itu ialah nasi, berketul-ketul ayam dan salad. Ala-ala macam nasi ayam kunyit yang ada di pasar malam tapi tak ada rasa sangat. Apapun berjaya juga aku menghabiskannya walaupun potionnya besar. Mana yang tak habis kami tapau untuk buat makan waktu sarapan, kerana bersarapan di hotel biasanya banyak tak boleh makan. Seterusnya kami teruskan perjalanan sampai ke Zegreb (Croatia) dan bermalam di Hotel Europa Zegreb. 

Keesokan paginya kami ke pusat bandar Zegreb di Zagreb Glavni Kolod Train Station. Ia merupakan sebuah bangunan lama yang jamnya telah mati akibat gempa bumi. Ketikanya jam besar itu mati, ia dibiarkan sebegitu sahaja sebagai mengingati peristiwa gempa bumi. Di Zagreb ada disediakan tour guide orang tempatan. Dapatlah info dari orang tempatan. Kami menaiki tram menuju ke sebuah dataran di mana ada sebuah tugu pejuang mereka. Kami dibawa ke sebuah gereja lama yang telah rosak akibat gempa bumi dan kami dilepaskan bebas setelah itu untuk meneroka sendiri pusat bandar Zegreb. 

Jalan punya jalan ntan macam mana masuk ke kawasan pasar mereka yang ada jual pelbagai jenis babi, adoi jenuh menahan tekak dan hidung. Selepas itu kami beli buah dan berjalan ke arah lain pula. Sekali terjumpa Zara. Aku teringat yang aku pernah beli baju kerja Zara semasa di Madrid dahulu, kemudian aku pun usha-ushalah kat tempat lelaki sekali memang beruntung sekali sebab di bahagian yang ada sale ada baju yang sesuai. Aku jenis tak cerewet sangat dan aku pun belilah dengan cepat baju kerja dengan harga 10 Euro. Kalau kat Malaysia mana nak dapat harga macam ni. Kebetulan pula hari ni aku sedang pakai baju ni ke tempat kerja. Huhuhu pandai betul setting masa untuk merasmikan baju baru. 

Selesai di situ kami ke sebuah pasaraya untuk makan, apa pun masih banyak masa untuk pusing-pusing mall sebelum makan, menu tengah hari tu ialah kebab wrap. Sedap betul sebab banyak salad jadi cukup juicy. Setelah makan kami ke sebuah masjid atau dinamakan community center. Seronok betul dapat tengok masjid, masjid ini agak unik binaannya, kerana sepanjang trip ini ada banyak jumpa masjid dan kebanyakan masjid ialah masjid yang dibina di zaman Uthmaniyah, jadi senibina turkey itu cukup menonjol, masjid di Zegreb itu tidak begitu, kubahnya berbentuk seperti biji rambutan dan dibuat seperti terbelah. Untuk masuk ke ruang solat kami diarahkan untuk memakai stokin untuk menjaga kebersihan masjid. Dapatlah merasa solat dengan sempurna ketika dalam perjalanan. Semasa di Italy kami solat dalam bas. Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke sebuah negara Islam iaitu Bosnia. Nantikan catatannya insyaAllah.          

Jumaat, September 22, 2023

Masjid Jamek Sungai Nibong Besar

Mihrab masjid

Assalamualaikum semua, semoga teman2 semua sentiasa dalam rahmat Allah. Posting ini hanya nak update berkenaan rezeki dapat singgah solat fardhu Subuh di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di Pulau Pinang. 

Kunjungan ini bukanlah kali pertama namun ini adalah kunjungan kali pertama setelah masjid ini siap diubahsuai. Sewaktu bekerja di USM dahulu kira2 dalam sepuluh tahun yang lalu aku ada juga singgah di masjid sewaktu ia masih lagi binaan lama. Di sebelah masjid ini terdapat kuburan dan di sebelah kuburan itu terletaknya Medan Selera Sungai Nibong. Bila berkunjung ke medan selera ini sekali sekala akan singgahlah ke masjid ini. Pada bulan Ramadan di sebelah masjid ini ada diadakan bazar Ramadan. Jika ada rezeki di bulan Ramadan, AJK masjid akan mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada pengunjung.

Masjid ini juga terkenal dengan kontroversinya di sepanjang proses pembinaannya. Isu ini terkait dengan perancangan kerajaaan negeri untuk menggunakan kawasan masjid sebagai laluan tren. Isu ini menarik perhatian orang2 Islam yang kebanyakannya tidak setuju apatah lagi masjid ini telah ada perancangannya sendiri untuk membuat ubahsuai. Kerap juga aku mengikuti perkembangannya di facebook. Alhamdulillah setelah bersusah payah akhirnya berjaya juga masjid ini diubahsuai sehingga siap sepenuhnya. Semoga Allah memberi kemuliaan kepada orang2 yang berjuang untuk mempersiapkan ubahsuai masjid ini.

Pagi tadi, setelah menghantar puan isteri ke lapangan terbang kebetulan lalu di laluan ke masjid ini. Waktu itu azan Subuh sedang berkumandang. Sempatlah aku solat sunat qobliah dan solat Subuh di masjid ini. Imam solat memperdengarkan surah As-Sajdah dan Al-Insan. Dua surah ini ada fadhilatnya untuk dibaca di waktu Subuh hari Jumaat, namun tidaklah perlu sampai menjadi kewajipan.

Setakat itulah dahulu kali ini. Azan Asar memanggil pula. Ketemu lagi, insyaAllah.

Isnin, Februari 10, 2020

Masjid Al Malik Khalid USM

Bismillah. Cerita hari Jumaat lepas (7 Februari 2020). Petang Jumaat tu kena hadir ke JKNPP di Bangunan MARA sebab ada pembentangan laporan analisa rangkaian di HPP dan HBP. Jadi tengah hari tu terus plan untuk solat Jumaat di USM sebelum ke Bangunan Mara. Dapat lunch dengan wife sekali. Banyak kenangan di USM ni, dulu 4-5 tahun juga bekerja di USM. Tiap hari Jumaat akan jalan kaki ke masjid ni. Antara sunnah yang memakin ditinggalkan dan perlu dipraktikkan semula oleh kebanyakkan orang ialah sunnah berjalan kaki ke masjid. Kalau ada peluang jalan kaki, jalan kaki lebih afdhal.

It was narrated from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: "Shall I not tell you something by means of which Allaah erases sins and raises people in status?" They said: Yes, O Messenger of Allaah. He said: "Doing wudoo' properly at times when it is difficult to do so, taking many steps to the mosque, and waiting for prayer after prayer. That is constant readiness." Narrated by Muslim, 251.

Via: https://islamqa.info/en/answers/70216/going-to-the-mosque-walking

Jadi kalau ada peluang jalan kaki, jalan kaki lebih afdhal.





Rabu, Disember 23, 2015

Day 3 Part 7 / Blue Mosque

Bahagian dalam Masjid Biru
Masjid yang sentiasa penuh dengan pelancong
Terdapat 4 Mineret Masjid Biru yang balace-membalance
antara satu sama lain
Terdapat dataran di bahagian belakang masjid, ketika ini hujan turun
dengan agak lebat
Salah satu tingkap di Masjid Biru, penuh kesenian
marmar diukir sebegitu rupa
Pintu masuk ke ruang solat, selipar / kasut perlu
ditanggalkan dan dibungkus masuk
Salah satu mineret dalam pembaikian
Abah dan +mel a keluar dari majid
Meunggu jemaah lain selesai
Pengalaman yang sangat berharga bila dapat ke sini, wish punya lebih masa
untuk berada lebih lama dalam masjid ini

Link: Blue Mosque

Day 3 Part 6 / Blue Mosque

Abah & Emak menuju Blue Mosque 
Romantik betul berpayungan menuju Masjid Sultanahmet
Tak sabar untuk ke masjid ini
Biasa tengok digambar, kini kami sampai juga ke masjid ini
Punyalah sejuk ambil wudhu' di sini, dah la hujan
Selesai jamak qasar di sini, antara doa ialah agar dapat tinggal dalam khilafah
Masjid yang sangat cantik di bina pada 1609 dan siap pada 1616
Bahagian dalam dome utama
Antara keunikan masjid di Istanbul ini ialah lampu gantung yang
rendah ke bawah
Rugi tak sempat berjemaah awal waktu di sini

Link: Sultan Ahmet Mosque / Blue Mosque

Selasa, Disember 22, 2015

Day 3 Part 4 / Ayasofya

Cucu Rasulullah iaitu Hassan & Hussin
Di bahagian hadapan Hagia Sophia 
Binaan khas untuk Muazzin melafazkan Azan
Umar Al Farouk
Bahagian bumbung yang masih utuh 
Sewaktu kami naik tingkat atas, nampak emak & abah
berjalan menuju ke bahagian depan
Nampak emak dan abah dari atas
Pandangan dari sisi kiri
Khat Uthmani menghiasi Hagia Sophia
Tak dapat nak baca, jika anda dapat baca sila komen!

Link: Hagia Sophia

Khamis, Disember 17, 2015

Day 2 Part 3 / Masjid Abu Ayub Al-Ansari

Tanah perkuburan di lereng bukit berhampiran Masjid Abu Ayub Al Ansari
Masjid Abu Ayub Al Ansari
Ya rabbi, punyalah sejuk nak berwudhu
Wirid punya kuat selepas solat Asar
Bahagian dalam Masjid Abu Ayub Al Ansari
Bahagian dalam dome
Mihrab Masjid Abu Ayub Al Ansari yang sangat cantik
Exchange photo shot dengan tourist lain
Di bahagian belakang masjid ini terdapat kubur sahabat Rasulullah
iaitu Abu Ayub Al-Ansari
Makan time, as usual starternya sup kacang merah

Link:

  1. Abu Ayyub Al-Ansari
  2. Masjid Abu Ayyub Al-Ansari

Jumaat, Ogos 26, 2011

I just unlocked the "Eid Mubarak 1432" badge


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari saya dan @melamyra sekeluarga. Maaf zahir batin!

Ahad, Disember 07, 2008

Selamat hari raya aidiladha


RANDOMNESS ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua pengunjung-pengunjung setia blog cabuk ini. Sama-sama kita hayati simbolik ibadah korban ini. Semoga kita semua diberkati oleh Allah. Amin.