Secebis kisah di Tanah Suci -- Shabwah


Secebis kisah di Tanah Suci -- Shabwah

Antara peristiwa yang agak segar dalam ingatan dan menimbulkan sedikit kepelikan atau kehairanan -- Shabwah. 

Sewaktu di Mekah antara aktiviti yang dijalankan selain daripada beribadah ialah mencuci mata atau jika perlu dan menarik ialah membeli-belah. Keutamaan sebenar di tanah suci ialah beribadah namun banyak dugaan yang kadang-kala membuatkan kita tergoda atau juga mungkin dalam mengisi sedikit waktu yang ada. Disarankan pada yang ingin ke Mekah atau Madinah tidak terleka, dan sentiasa dalam ibadah sekurang-kurangnya dzikir. 

Pada suatu ketika aku & isteri singgah ke satu kedai emas, pada mulanya aku hanya nak tengok-tengok sahaja. Di sana aku suka bergurau dengan penjual-penjual & jemaah-jemaah dari negara lain. Walaupun dengan isyarat pada aku penting untuk mewujudkan komunikasi sesama Islam. Kebanyakkannya juga begitu. Disarankan kepada yang nak ke tanah suci banyakkanlah berhubung dengan jemaah dari negara lain kerana umat Islam yang mentauhidkan Allah itu adalah bersaudara. Berbalik kepada cerita tadi, ntah dari mana kebetulan ini boleh muncul pun aku tidak tahu, aku telah dengan niat bergurau bahawa aku berasal dari Yaman bila ditanya. Bukan niat menipu, kebiasaannya peniaga di sana dah boleh predict orang Melayu sebab orang Melayu suka membeli-belah. Bila ditanya Yaman di kawasan mana aku sebut Shabwah. Peniaga tu terkejut dan cuba mendapatkan kepastian. 

Kemudian barulah aku bagitahu yang kami dari Malaysia. Namun peniaga itu tidak puas hati kerana dia berasal dari tempat yang aku sebutkan tadi iaitu Shabwah. Untuk pengetahuan Shabwah bukanlah tempat yang famous di Yaman. Apatah lagi untuk orang dari luar Yaman. Banyak tempat yang lebih terkenal seperti Hadramaut atau Sanaa. Dari mana aku terlintas tentang tempat Shabwah itu? Sebagai seorang yang minat tentang dunia Islam terutamanya konflik-konflik politik yang berlaku aku banyak follow news atau maklumat pelbagai negara terutamanya dunia Islam. Minat ini dah lama terutamanya beberapa tahun kebelakangan ini. 

Mingkin tiada yang menarik dari kisah ini cuma yang hairannya macam mana aku boleh terlintas tempat tu dan kena pula dengan tempat peniaga tu berasal.

Pasal emas dikedai tu, kami tak jadi beli kerana duit tak cukup walaupun dah kumpul-kumpul dengan duit Malaysia & Turkey. Kalau cukup alamatnya tiadalah lagi duit kami di sana, mungkin Allah nak selamatkan. Peniaga itu siap keluarkan resit dahulu yang diissuekan oleh Al-Syabwah. Orang Arab suka guna nama gelaran berdasarkan dari mana asal orang itu. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment