Sabtu, Januari 23, 2016

Mandi-manda di Sungai Inki

Mandi-manda di Sungai Inki
Sungai yang banyak batu
Seronok mandi sungai tapi Eryna tak tahan sejuk
Pukul 10 AM dah sampai Sungai Inki
Eryna keseronokan
Nakal
Selain mandi sungai disedialan juga kolam mandi untuk kanak-kanak
Menyelam
Bila mandi kolam barulah Eryna mandi puas-puas sebab tak sejuk sangat
Di tepi kolam

Semalam (23/01/2015) kami mengisi masa cuti dengan mandi-manda di Sungai Inki (Kalumpang Resort & Training Centre) di Hulu Selangor. Pukul 10 AM kami dah sampai sana jadi air sungai sangat sejuk lagi. Eryna yang tak tahan sejuk kurang puas mandi sungai sebab tak boleh nak berendam lama-mana. Selesai mandi di sungai sambung pula mandi di kolam yang disediakan. Seronoklah Eryna mandi kolam. Kadar bayaran untuk masuk ke resort ni ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak. Ada juga chalet disediakan kepada yang ingin menginap sama ada untuk personal atau group yang besar. Jarak tempat ini dengan Tanjung Malim lebi kurang 30 minit sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan