Jumaat, Februari 03, 2017

Kuliah Maghrib | Surau Taman Pauh Jaya | Ustaz Khairol Asfani | 3 Februari 2017


Tanda Kiamat Ketiga: Turunnya Nabi Isa

Siapakah Nabi Isa AS? 

Anak Maryam anak Imran. Maryam tidak pernah disentuh mana2 lelaki. Lelaki yang sederhana tinggi. Kulit kemerah2an. Memakai 2 baju yg seakan2 kuning. Rambut seperti basah. 

Tempat turun di Menara Putih di Masjid Jamek Umawi. 

Turun dengan 2 sayap malaikat. 

Mengapa diturunkan Nabi Isa? 


Untuk membunuh dajjal. 

Untuk menolak pembohongan Yahudi mengatakan Nabi Isa telah mereka bunuh. 

Bagi Yahudi & Kristian dajjal adalah penyelamat mereka. Yang diturunkan itu adalah dajjal bagi mereka. 

Nabi Isa mengetahui keutamaan umat Nabi Muhammad. Nabi Isa berdoa untuk menjadi umat Nabi Muhammad. Doanya dimakbulkan. 

Nabi Isa bukan menjadi imam umat akhir zaman. Imam Mahdi tetap imam walaupun setelah Nabi Isa diturunkan. 

Diturunkan kerana ajalnya telah dekat dan untuk dikebumikan di bumi bukan di langit. 

Untuk mendusta kaum Nasara (Kristian). Nabi Isa akan menghancurkan salib. 

Yg paling dekat dengan Nabi Isa ialah Nabi Muhammad. Antara mereka tidak diselangi nabi lain. Nabi Isa pembawa berita akan nabi penutup iaitu Nabi Muhammad. 

Nabi Isa akan menjadi hakim yang adil. Penghancur salib. Pembunuh babi. 

Nabi Isa akan berhukum dgn syariat Nabi Muhammad. 

7 tahun Nabi Isa akan hidup di akhir zaman. Setelah dibunuh dajjal dunia akan aman damai. Haiwan yg bermusuh tidak lagi bermusuh. Tidak ada lagi kejahatan. 

Tanda keempat: Serangan Yaajuj & Maajuj

Dua bangsa yg sangat ganas. Akan berperang dengan Nabi Isa di Bukit Tursina. 

Bangsa yg sangat ganas dlm melakukan kerosakan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan