Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Firdaus Mat Said | 4 Mac 2017 | 6 Jamadil Akhir 1438


Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Firdaus Mat Said | 4 Mac 2017 | 6 Jamadil Akhir 1438

Hadis riwayat at-Tirmizi:

Tidak berganjak kaki sehingga Allah tanya:
  1. Umur untuk apa digunakan?
  2. Ilmu untuk apa digunakan?
  3. Harta untuk apa digunakan?
  4. Tubuh badan untuk apa digunakan?

Kewajipan mengenal Allah, ilmu feqah, ilmu tasawuf (ikhlas kepada Allah). Ketiganya fardhu ain. 

Ilmu bermanafaat: 
  1. Meningkat rasa takut kepada Allah. 
  2. Dapat mengetahui keburukan nafsu dan ibadah. 
  3. Ilmu yang mengurangkan cinta kepada dunia. 
  4. Menambah cinta pada akhirat. 
  5. Ilmu yang denunjukkan pelbagai jenis tipu daya syaitan. 

Allah mumudahkan jalan ke syurga bagi yang mencari jalan menuntut ilmu. 


Dua jenis golongan manusia:
  1. Orang berilmu ttp tidak beramal (diazab dahulu sblm orang kafir)
  2. Orang yg tidak mempunyai ilmu (mungkin beramal ttp tiada ilmu) (amalan ditolak & tidak diterima. 

Kelebihan menuntut ilmu seperti berjihad ke jalan Allah sehingga dia kembali. 

Allah jamin rezeki bagi orang yang mencari ilmu. 

Orang yang menuntut ilmu, Allah ampunkan dosa yang lalu.