Menilai Aspek ICT Anugerah Desa Perdana 2017 Muallim

Slide persembahan Kampung Lubuk Salak

Semalam adalah hari penilaian Anugerah Desa Perdana 2017 peringkat Daerah Muallim. Aku telah dipilih sebagai salah seorang panel hakim dimana aku telah ditugaskan untuk menilai aspek ICT setiap kampung. Blog ini bertulis sebab rasa nak rekodkan beberapa perkara supaya tidak lupa dan mungkin satu pengalaman baru. 

Tiga buah kampung telah menyertai pertandingan peringkat daerah Muallim ini iaitu Kampung Lubuk Salak, Kampung Kuala Slim dan Kampung Balum. Semua kampung ini merupakan kampung-kampung utama di mana di dalamnya terdapat juga kampung-kampung yang berangkai (baru tahu).

Pertandingan ini adalah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diuruskan oleh KEMAS, selain dari aku panel-panel lain merupakan lantikan dari agensi-agensi kerajaan dalam daerah Muallim seperti Pejabat Kesihatan, Pejabat Pendidikan Daerah, MARA, Pejabat Belia dan Sukan, JKR dan lain-lain.

Setiap kampung perlu menyediakan dokumen untuk dinilai dan kemudian sesi temuduga bersama AJK yang telibat diadakan.

Kampung Lubuk Salak

Kampung Lubuk Salak

Kampung Kuala Slim

Kampung Kuala Slim

Surau Tinggi Kampung Balun

Sesi penilaian di Kampung Balun