Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Uzair Azmi | Bahrul Mazi Jilid…

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Uzair Azmi | Bahrul Mazi Jilid 19


Muqadimah


10 malam Dzulhijjah perbanyakkan berzikir, perbanyakkan puasa sunat kecuali 10 Dzulhijjah.

Dalam hadis disebut perlu ikut rukyah ikut tempat masing2. Jadi isu bila nak puasa arafah ikut tempat masing2, bukan ikut Arab Saudi.

Sirus Salikin Jilid pertama sebut 2 jenis takbir; 1. Muqayyad: berkait dengan solat, 2. mursal: tak berkait dengan solat. Lafaz takbir sama. Lepas Subuh 9 Dzulhijjah hingga Maghrib boleh takbir. Lepas Maghrib takbir Mursal hingga solat raya. Selepas solat raya hingga Maghrib 13 Dzulhijjah kembali takbir Muqayyad.

Ketika sembelih hanya tukang sembelih disunatkan takbir. Lafaz Bimillahi Allahu Akbar. Yang lihat tidak disunatkan.

Puasa 9 Dzulhijjah diampun dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Bab Hari Kiamat


Gunung ganang yang teguh itu akan hancur. Bumi akan jadi hamparan yang raya tanpa gunung2 dan bukit2.

Surah Az-Zalzalah: Bumi akan keluarkan emas, perak dah apa dalam perut bumi termasuk tulang temulang mayat.

Kaum tardahulu dari datangnya Nabi Muhammad ﷺ dilaknat kerana mereka melaksana aturan syariat Allah tetapi mengecualikan yang kaya berkedudukan.

Orang Islam kena keluarkan pendapat berdasar cara Islam bukan ikut hawa nafsu.

No comments: