Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 9 September 2018 | 29 Dzulhijjah 1439 | Tafsir Al-Quran

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 9 September 2018 | 29 Dzulhijjah 1439 | Tafsir Al-Quran




Surah An-Naml ayat 15


Holy Quran 27:15

------------------

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ وَسُلَيْمَٰنَ عِلْمًا ۖ وَقَالَا ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّنْ عِبَادِهِ ٱلْمُؤْمِنِينَ


Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".


Ayat permulaan kisah 2 nabi dan rasul anak beranak yang dikurniakan mukjizat. Iaitu Rasul ke 17 Dawud AS dan rasul ke 18 Nabi Sulaiman AS. 


Ayat 15-40+ kisah nabi Sulaiman AS. Tentera jin, manusia dan burung2. Peristiwa Balqis dan mesyuarat Nabi Sulaiman dengan para jin. 


Kisah Nabi Dawud dicerita dalan surah Sad, Saba' dan Al-Baqarah. Tetapi tidak banyak dan panjang kisahnya. Dia memimpin Bani Israil. 


251 Al-Baqarah. 


Holy Quran 2:251

------------------

فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ ٱللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُۥدُ جَالُوتَ وَءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلْمُلْكَ وَٱلْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُۥ مِمَّا يَشَآءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ ٱلْأَرْضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى ٱلْعَٰلَمِينَ


Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.


Adab makhluk dengan Allah, semua kejayaan kena akhiri dengan "bi idznillah" iaitu dengan izin Allah. 


Jalut=Goliath dalam Injil. Talut 5,000 tentera. Jalut 10,000 orang. Allah uji tentera Talut dengan hanya benarkan minum setapak tangan sahaja di Sungai Jordan. Separuh langgar arahan Allah. 


Nabi Dawud bunuh Jalut dengan lastik ketika itu Nabi Dawud beumur 10 tahun. 


Saba' 10. 


Holy Quran 34:10

------------------

۞ وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ مِنَّا فَضْلًا ۖ يَٰجِبَالُ أَوِّبِى مَعَهُۥ وَٱلطَّيْرَ ۖ وَأَلَنَّا لَهُ ٱلْحَدِيدَ


Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya;


Dalam hadis, disebut Nabi Dawud punya suara yang merdu. Abu Musa Al-Asyari digelar seruling Nabi Dawud kerana suara yang merdu. Tasbih nabi Dawud diikuti gunung ganang, burung2. Nabi Dawud ada mukjizat melembutkan besi dikatakan seperti nenenun kain. Nabi Dawud perintah selama 40 tahun. 


Anak Nabi Dawud sendiri memberontak inginkan kuasa iaitu Abu Shalum. Diganti oleh Nabi Sulaiman AS. Nabi Dawud dikurniakan Kitab Zabur. Nabi Sulaiman tidak diberi kitab. Bagi Sulaiman A-Riha. Mukjizatnya mengawal angin. Perjalanan sebulan bagi orang biasa bagi Nabi Sulaiman sepagian sahaja. Nabi Sulaiman bergerak menggunakan angin dalam Tafsir Ibnu Katsir menggunakan tikar terbang dengan izin Allah. 


Nabi Daud dan Nabi Sulaiman keduanya diberikan ilmu. 


Toha 114


Holy Quran 20:114

------------------

فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلْمَلِكُ ٱلْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِٱلْقُرْءَانِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَىٰٓ إِلَيْكَ وَحْيُهُۥ ۖ وَقُل رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًا


Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".


Kesungguhan perlu ada dalam menuntut ilmu. 


60 Al-Kahfi. 


Holy Quran 18:60

------------------

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَىٰهُ لَآ أَبْرَحُ حَتَّىٰٓ أَبْلُغَ مَجْمَعَ ٱلْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِىَ حُقُبًا


Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".


Nabi Musa tuntut ilmu dengan Nabi Khidir sebagaimana tafsiran para ulama. Nabi Musa patuh dan sanggup cari sampai 60 tahun pun. 


11 Surah Al-Mujadilah. 


Holy Quran 58:11

------------------

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا۟ فِى ٱلْمَجَٰلِسِ فَٱفْسَحُوا۟ يَفْسَحِ ٱللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟ يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.


Orang beriman diangkat darjat, yang berilmu diangkat lagi tinggi darjatnya. 


Kedua Dawud dan Sulaimai bersyukur: 


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّنْ عِبَادِهِ ٱلْمُؤْمِنِينَ


No comments: