Rabu, April 08, 2020

Reviving Late 2010 MacBook Air 💻

Kisah semalam

Late 2010 MacBook Air
Semalam work from home 🏡. Disebabkan dah tak tahu nak buat apa dah. Cuba nak hidupkan MacBook Air Late 2010 ni. Bila on keluar folder dengan tanda soal maknanya machine ni tak jumpa OS dah. Bila cuba repair disk pun keluar benda yang sama. Maknanya kena install balik OS dia. Bila nak install OS ni kena download & create bootable usb drive menggunakan Mac juga. Terpaksalah buka MacBook Pro 💻 lama Early 2011 rasanya untuk download OS & create bootable usb drive. Asal OSnya Lion dan latest supported OS ialah High Sierra. Jadi decide nak install High Sierra. Kesudahannya berjayalah menghidupkan balik laptop yang berumur hampir sepuluh tahun ni. Masih berfungsi dengan cemerlang cuma masalah ada 1 line dead pixel kat screen & battery yang dah kong. Kena ganti bateri baharu. Mana nak cari bateri MacBook Air 💻 model ni?

1 ulasan:

  1. Uncle maseh pakai macbook pro tahon 2009. Kita tua bangka dah... hahaha

    BalasPadam

First to post on Pixelfed

  First post:     Second post: