Memaparkan catatan dengan label MCO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MCO. Papar semua catatan

Rabu, April 08, 2020

Reviving Late 2010 MacBook Air 💻

Kisah semalam

Late 2010 MacBook Air
Semalam work from home 🏡. Disebabkan dah tak tahu nak buat apa dah. Cuba nak hidupkan MacBook Air Late 2010 ni. Bila on keluar folder dengan tanda soal maknanya machine ni tak jumpa OS dah. Bila cuba repair disk pun keluar benda yang sama. Maknanya kena install balik OS dia. Bila nak install OS ni kena download & create bootable usb drive menggunakan Mac juga. Terpaksalah buka MacBook Pro 💻 lama Early 2011 rasanya untuk download OS & create bootable usb drive. Asal OSnya Lion dan latest supported OS ialah High Sierra. Jadi decide nak install High Sierra. Kesudahannya berjayalah menghidupkan balik laptop yang berumur hampir sepuluh tahun ni. Masih berfungsi dengan cemerlang cuma masalah ada 1 line dead pixel kat screen & battery yang dah kong. Kena ganti bateri baharu. Mana nak cari bateri MacBook Air 💻 model ni?

Isnin, April 06, 2020

Bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ini bekerja lagi walaupun di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebagai seorang yang berkhidmat untuk essential services, kenalah bekerja membantu hospital supaya dapat berfungsi dengan baik. Dah masuk 2 kali PKP dilanjutkan, dan rasanya lanjutan kali ketiga akan diumumkan dalam masa terdekat memandangkan bilangan yang positif terus bertambah begitu juga bilangan kematian setiap hari. Jangan jadi macam Jepun seperti sudah recover tetapi tiba-tiba spike balik kes positif covid-19. Bekerja di hospital ini risikonya tinggi, selalu kita dengar dan diingatkan supaya pesakit tidak menyembunyikan sesatu perkara yang ditanya. Pesakit yang datang ke hospital kena jujur memandangkan banyak kes petugas kesihatan berjangkit kerana pesakit yang positif yang menyembunyikan perkara sebenar. Bila pergi ke luar dari ofis kena pakai face mask, banyak orang lalu lalang di hospital ni dan kita tak tahu tahap kesihatan seseorang tu. Selesai pegang barang kena pakai hand sanitizer atau basuh dengan air dan sabun. Selain itu penjarakan sosial juga perlu dijaga dengan berhati-hari. Pergi balik kerja kena pastikan ada bawa kad staf supaya senang nak jawab kalau ditahan polis. Sampai bila semua ini akan berakhir pun tak pasti. Andai berakhirpun rasanya tak akan sama situasinya dengan sebelum pandemik covid-19 ini memuncak.

Ahad, Mac 29, 2020

Suasana waktu pagi di Jalan Baru, Perai

Suasana waktu pagi di Jalan Baru, Perai
Rasa macam dah lama tak update blog ni, beginilah suasana waktu pagi di Jalan Baru, Perai. Kebiasaannya sibuk tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan suasana menjadi lengang. Kebanyakkannya tinggal di rumah masing-masing. Pagi ni keluar sekejap sebab ada yang mengidam nak makan roticanai dan teh tarik. Bila keluar membeli tu cepat-cepat je selesaikan dan terus balik.