Sabtu, November 21, 2020

Projek Tukar Kipas Siling

Minggu ni projeknya ialah menggantiakan kipas siling lama kepada kipas baharu. Kipas lama dah makin uzur, dah berbunyi ketak ketak ketak bila dipasang. Wife bila bila work from home selalu duduk bawah kipas ni dan selalu meeting online. Bunyi ketak ketak ketak sangat mengganggu katanya. Satu lagi masalahnya lampu sedia ada bila pasang akan berbayang-bayang bila pasang kipas. Jadi tak cantik dalam meeting online. Disebabkan atas permintaannya bersungguhlah mencari kipas yang sesuai. Cari-cari kat Shopee jumpalah Alpha Fan model AF20 56' dengan lampu LED. Sebenarnya ini bukan kali pertama beli kipas jenama Alpha ni, sebelum ni pernah dah beli dan rasa puas hati cuma sebelum ni beli kat kedai. Yang baharu ni cari kat Shopee. Selain dari kipas siling, rasanya water heater Aplha pun ok, bila orag minta recommend memang akan suggest jenama Alpha ni.


Alpha Fan AF20 58' LED

Baru keluar dari kotak

Kipas yang siap dipasang

Kelebihan kipas ni, dia ada lampu ditengahnya dengan 3 tona color iaitu cool white, warm white dan extra warm light (kut). Lampunya boleh ditukar mengikut kesesuaian. Nak pasang lampu sahaja pun boleh. Cuma sedikit kerisauan ialah takut kalau lampu LED ni rosak. Mungkin kena cari sparepart dari Alpha jugalah rasanya. 

Jadi dengan penggantian kipas ni diharap tiadalah lagi rungutan kalau nak bermeeting online.


4 ulasan:

  1. Wah? Ada lampu? Uncle ni ketinggalan zaman sungguh! huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau uncle nak selfie dengan kipas ni amatlah dialu2kan!

      Padam
  2. menarik ni, ada lampu sekali..

    BalasPadam