Rabu, Disember 16, 2020

Projek Menghidupkan ThinkPad T420

Waktu browsing facebook tiba-tiba terjumpa ada orang nak jual laptop ThinkPad T420 dengan harga RM150. Laptop ini dijual dengan menyatakannya sebagai spare part sahaja kerana laptop ini tak boleh on langsung. Sengaja cuba nego dengan penjual itu dan dia bersetuju untuk jual laptop ini dengan harga RM100. Setelah berkira-kira rasa mahu cuba baiki mana tahu kalau-kalau boleh dibaiki. Semasa melihat laptop ini keadaannya memang tidak boleh dihidupkan. Penjual itu memberitahu yang dia telah cuba baiki tetapi tidak berjaya. Dia juga tidak menyertakan charger, hard disk dan RAM.

Keadaan laptop masa mula diambil

Kebiasaan ThinkPad memang macam inilah luarnya

Sampai rumah bermulalah operasi untuk cuba menghidupkan laptop ini. Mula dengan memasang hard disk dan RAM, namun tidak juga berjaya dihidupkan. Bila asas troubleshoot tak berjaya terpaksalah dibuka keseluruhan laptop ini untuk melihat jika ada kesan kerosakan yang nyata di mana-nama. 

Operasi membuka laptop untuk melihat kerosakan

Setelah dibuka didapati tak nampak langsung kesan kerosakan yang nyata di mana-mana, power jack keliatan masih ok, bahagian kipas laptop ini juga masih bersih, mungkin telah lama tidak digunakan dan digunakan secara minimal sahaja.

Bila dah tidak berjaya menjumpai kerosakan, laptop ini dipasang semula dan dicuba sekali lagi untuk dihidupkan dan memang tidak mahu hidup juga. Hampir juga kecewa dan berputus asa sahaja. Namun bila cuba cari-cari di YouTube berkenaan cara membaiki motherboard timbul semangat untuk mencuba. Bagaimanapun kepandaian itu agak kurang dan terpaksa cuba-cuba dan tanya pendapat orang lain. Mula-mula kena beli multimeter dulu.

Multimeter diperlukan untuk menyemak voltan

Terpaksa buat dipejabat supaya kurang gangguan dan senang merujuk internet kerana ada komputer lain

Check punya check akhirnya jumpa satu capacitor yang dah rosak

Proses membuang capacitor menggunakan solder

Setelah capasitor dibuang, semak semula dengan multimeter. Terkejut bila mendapati ada perbahan pada voltan capasitor berbanding sebelumnya. Sebenarnya untuk troubleshoot betul-betul kena rujuk scematic diagram motherboard ini, tetapi bila dah boleh nampak capasitor yang rosak dan bacaan multimeter yang pelik terus buat keputusan untuk buang sahaja capacitor itu. 

Rezeki ditakdirkan laptop berjaya dihidupkan.

Laptop yang telah berjaya dihidupkan

Jadi hujung minggu lepas pekerjaannya menyelesaikan install OS menggunakan SSD 240GB baharu, semgaja pilih saiz ini sebab mahu buat dual-boot Windows 10 Pro dan Manjaro Linux. Licence Windows 7 Pro yang dilekatkan pada bawah laptop ini masih boleh digunakan sebagai licence key untuk Windows 10 Pro.

Nampaknya telah agak stabil laptop ini dengan Manjaro Linux

Dual boot Windows dan Linux ini sebenarnya tidak disarankan sangat kerana kemungkinan laptop akan crash itu ada. Kena berhati-hati dan kena pandai troubleshoot. Dapatlah satu laptop dengan harga RM100. Modal SSD dan RAM lama sahaja. 

Update blog pun dengan laptop ThinkPad T420 ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan