Friday, April 16, 2021

ThinkPad Mini Dock Series 3 (4337)

Assalamualaikum. Baru-baru ini ada ternampak orang menjual dock untuk ThinkPad di Facebook Marketplace dengan harga yang agak munasabah tetapi mungkin used item. Bila check model dock untuk ThinkPad ni, tengok memang sesuai dengan ThinkPad T420 yang aku ada. Mula tu macam dah nak deal dah dengan penjual tu tapi check dulu kut-kut ada dijual di Shopee. Sekali terjumpa di Shopee dengan harga yang lebih murah dan conditionnya adalah baru. Mesej kepada seller untuk confirmation dan terus beli.

Memang berbaloi pakai dock ni terutamanya kalau laptop guna hari-hari ditempat yang sama. Letak sahaja dan semuanya connected. Belakang dock ni ada banyak port-port yang membantu untuk connect kepada pelbagai peripheral atau device. Dengan dock ni oleh terus on melalui dock, mount multiple monitor, 6 USB port, LAN port, Display Port, VGA, DVI dan saperated headphone dan mic port. Sekali itu dock ni boleh dikunci untuk keselamatan. Inilah kelebihan laptop era T420 berbanding laptop moden yang habis semua port dibuangnya. Kemudian nak repair pun makin susah dan mungkin tak boleh repair pun. 

First time beli barang baru jenama ThinkPad ni

Complete semua, rasanya mungkin new old stock, officially Lenovo dah tak jual dock model ni

Ada kunci untuk keselamatan

Posisi laptop lebih selesa bila ada naik sedikit di bahagian belakang, menaip memang syok

Port-port yang ada dibahagian belakang

Sekian dahulu untuk kali ini, tengah tunggu screen baru sampai untuk ThinkPad T60 pula untuk next projek. Boleh tengok detail spec ThinkPad Mini Dock Series 3 (4337) di sini.


No comments:

Post a Comment