Ahad, April 11, 2021

Al Quran baharu untuk Eryna sempena khatam kali pertama Ramadhan ini InshaAllah

Al Quran baharu untuk Eryna sempena khatam kali pertama Ramadhan ini InshaAllah

 

Bismillah, semoga Allah dapat sampaikan kita semua bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini.

Beli harga promosi, RM58 sahaja di Hasani

Duk kira-kira lembaran-lembaran Al-Quran yang Eryna baca setiap hari, kemungkinannya dia akan khatam pada Ramadhan ini. Bila kata nak belikan Al Quran baru dia minta yang besar sedikit, kadang duk komplen tulisan kecil. Jadi hari ni ke Hasani untuk belikan Al Quran Al Haramain bersaiz A4 terbitan Karya Bestari. Suka A- Haramain ini sebab ada terjemahan dan ada highlight ayat tertentu pada setiap 2 muka surat. Ada juga diselitkan hadis-hadis.

Al Quran Al Haramain yang sama, warna yang sama cuma saiz sahaja yang berbeza

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan