Rabu, Julai 14, 2021

Dead Drive; Kodak K212 Slim U Disk

Kodak K212
Slim plastic design

Akhirnya tamat riwayat USB drive ini. Pendrive ni telah diorder pada 28 Julai 2020 dan sampai pada 8 Ogos 2020 dengan kapasiti 32GB dan harga RM19.46. Mula dari itu drive telah digunakan sebagai bootable drive untuk pelbagai ISO. Antaranya Manjaro, Linux Mint dan pelbagai jenis Windows dari Windows 7 hinggalah ke Windows 10. Untuk buat bootable pelbagai jenis ISO ni ada caranya. Boleh Google caranya.

Hujung minggu baru ni, semasa nak tune laptop ThinkPad T420 ntah macam mana laptop tu crash disebabkan RAm yang tak ngam, masa crash tu drive ni kebetulan tengah cucuk pada USB port. Bila test2 balik nampaknya dah arwah dah drive ni. 11 bulan lebih jugalah dia berkhidmat dengan jayanya untuk memudahkan kerja installation.

Sebenarnya aku sangat cerewet memilih USB drive ni kerana pada aku ia satu identiti. Design sangat penting, aku suka jenis yang simple dan nipis macam ni. Bukan senang nak cari yang sesuai dengan selera. Sekarang ni tengah mencari penggantinya.

postingan kedua untuk hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan