Khamis, Oktober 21, 2021

Nasihat Ziarah Kubur Umat Islam

 




Assalamualaikum. Hari ini akan balik Penang dari Gombak. Bawa mak ziarah kubur Abah (رحمه الله) di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota.
 
Orang yang telah meninggal gembira bila kita ziarah kuburnya dan ziarah kubur merupakan sunnah yang dilakukan Nabi ﷺ. Ia juga mengingatkan kita tentang kematian dan kita pasti akan menyusuli orang yang telah mati.
 
Antara adab menziarahi kubur yang ramai tinggalkan ialah tidak berkasut atau selipar ketika menziarah.
Semoga Abah tenang melalui alam selepas kematian. Semoga Allah mengampuninya dan terus memberi pahala dari amal ibadah yang istiqomah sepanjang hidupnya.
 
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan