Rabu, Disember 22, 2021

Eryna Khatam Al-Quran Kali Kedua

Kambing Perap Pak Mat Western
Assalamualaikum, dengan izin Allah Azza wa Jalla pagi ini kita masih diberikan ruang dan peluang untuk terus menghirup udara segar. Semoga kita semua dilindungi Allah Azza wa Jalla. Pagi ini rasa nak menulis atau mungkin juga sekadar merekodkan satu peristiwa iaitu "Eryna Khatam Al-Quran Kali Kedua". Mungkin pada sesetengah orang apalah sangat sampai perlua dibuat catatan tapi pada aku ia satu yang perlu dicatat.

Hujung minggu lepas semasa di Pangkor Eryna telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran untuk kali kedua. Hampir genap setahun setelah khatam kali pertama di Gombak bersama Emak ketika itu. Hajat hati nak buat makan2 sikit masa di Pangkor tu tapi tak berkesempatan dengan kurangnya masa dan kerapnya hujan di sana. Akhirnya malam tadi baru sempat makan2 sedikit. Bila tanya Eryna dia nak makan apa, cadang nak beli kek tapi dia pula tak mahu. Yang dia sebut ialah nak kambing perap bakar. 

Sedap sehingga menjilat jari
Berusahalah mencari kambing perap semalam, nasib baik ada yang menjadi dealer Kambing Perap Pak Mat Western kat tempat kerja. Wife keluar lah mencari bahan2 lain untuk buat sos cheese, kentang untuk dibakar dan sayur2 segar. Petang tu selepas balik kerja bersusah payah jugalah wife membakar kambing itu dan makan kambing bakarlah kami semalam. Nampak puas hati Eryna dapat makan kambing bakar yang dimasak dirumah. lebih puas makan berbanding di kedai.

Selepas Maghrib Eryna dan sambung bacaan surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah. Semoga khatam kali ketiga dapat dicapai dan lebih cepat lagi tempohnya agar boleh makan kambing perap bakar lagi.

Sekian dahulu untuk pagi ini. Posting ini tidak dipos di facebook demi menjaga perasaan orang yang sedang dilanda musibah banjir pada ketika ini. 

1 ulasan: