Khamis, Januari 26, 2023

Lawatan Sambil Belajar Ke Candi Lembah Bujang

Assalamualaikum... Sambuang aktiviti cuti baru2 ini sempena Tahun Baru Cina. Kadang tu rasa bosan juga duduk di rumah dengan tak ke mana bila ada cuti2 extra ni. Jadi kami bercadang nak ke Tanjung Dawai untuk membeli stok barangan kering dan jajan2 yang menarik. Kebetulan kami nak ke KL dan JB, mungkin boleh bagi ikan bilis kat mak sekali. 

Selesai bershoping diarked Tanjung Dawai kononnya nak pekena mee udang ke kat tepi2 laut tapi kedai tak buka lagi padahal dah pukul 12 tengah hari. Jadi kami decide untuk ke Tapak Arkeologi Lembah Bujang. Selama ni duk belajat dalam subjek sejarah sahaja tanpa pernah berpeluang untuk tengok sendiri. Dalam kawasan itu ada tempat untuk berkelah kerana ada anak sungai. Air terjun juga ada cuma perlu mendaki sedikit untuk sampai. 

Dalam kawasan arkeologi ini terdapat 4 candi yang telah diekskavasi iaitu Candi Pendiat, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pengkalan Bujang dan Candi Bendang Dalam. Candi2 in dianggarkan telah wujud bermula kurun ke 11 atau 12. Binaan bercirikan hindu dan ada juga dijumpai artifak2 lain yang ditempatkan dalam muzium yang ada di situ. Ada candi yang dibina menggunakan batu granit dari sungai berdekkatan dan ada juga juga yang dibuat dari batu lada atau batu laterit berwarna merah. 

Enjoy gambar2 di bawah. Mohon minta kebenaran dan kredit kepada pos ini jika ada menggunakan gambar yang dipos di sini. Terima kasih.

 

1. Ikan bilis Tanjung Dawai

2. Tempat makan Di Pantai Tanjung Rhu masih belum dibuka

3. Singgah minum air di satu gerai yang terdapat dalam Muzium Arkeologi Lembah Bujang

4. Eh buat apa tu?

5. Candi Pendiat, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pengkalan Bujang dan Candi Bendang Dalam

6. Candi Bukit Batu Pahat

7. Cerita tentang Candi Bukit Batu Pahat

8. Cerita tentang Candi Pengkalan Bujang

9. Cerita tentang Candi Bendang Dalam

10. Candi Bendang Dalam

11. Candi Bendang Dalam

12. Candi Bendang Dalam

13. Candi Bendang Dalam

14. Candi Bendang Dalam

15. Permandangan dari Candi Bendang Dalam

16. Bergambar di salah satu binaan Candi Bendang Dalam

17. Behind the scene

18. Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan