Khamis, Jun 08, 2023

Trip ke Kota Bharu

Assalamualaikum. Marilah kita mengemas kini sedikit entri pada blog ini. Kali ini cuma nak update short trip ke Kota Bharu pada hujung minggu baru ni. Cuti sekolah kali ni memang tiada plan lain jadi inilah plannya. Bertolak pada hari Jumaat ni kena betul settingnya supaya dapat Solat Jumaat. Tiada ada keuzuran untuk tidak Solat Jumaat kecuali kalau keluar bermusafir sebelum fajar. Jadi kami singgah Solat Jumaat di Masjid Daerah Jeli. Cantik juga masjidnya. Setelah solat kami makan dengan berseleranya di sekitar Jeli, walaupun tidak banyak lauk yang tinggal tapi disebabkan lapar, semuanya jadi sedap. Malam tu kami bermalam di rumah kakak ipar di Kota Bharu.

Trip kali ni hanyalah trip makan2 sahaja. Kerana tiada aktiviti lain yang menarik selain makan bila ke Kota Bharu. Keesokan harinya kami bersarapan di Ayang Cafe. Menu yang mesti dicuba ialah nasi tumpang. Banyak menu2 makanan Kelantan yang menarik sebenarnya dan tak sampai lagi ke tempat lain. Setelah bersarapan kami ke Pasar Siti Khadijah. Wife sempatlah membeli kain pasang dan baju kaftan. Selain tu beli barang2 makanan yang menarik sekali.

Tengah harinya pula kami plan untuk makan di Suwarin Jinda Cafe, ramai sungguh orang menunggu untuk masuk. Restoran buka pada pukul 3.30 petang jadi sebelum tu kami ronda2 ke Pantan Cahaya Bulan dahulu. Menu2 di Suwarin Jinda menarik sekali, banyak yang tiada di restoran2 siam biasa. Rasanya restoran ini menunya sama seperti menu di Thailand. Jika tak silap ada juga cawangannya di Hat Yai. Aku saja cuba sup perut bulat atau sup perut muda, supnya sangat sedap dan susah nak jumpa menu ni. 

Petangnya sempat mencari kain dan tempat baju batik di Summit Style Tailor  di tengah pekan Kota Bharu. Sebelum ni pernah menempah di sini dan berpuas hati dengan jahitannya. Di sebelah malam pula aku sempat berjumpa member lama. Dia datang ambil aku di rumah. Selalu macam tu lah aku kalau ke mana2 tempat yang ada kawan2 lama tak jumpa aku akan roger kut ada rezeki boleh berjumpa. Dapatkan maklumat yang jelas atas apa yang telah berlaku di samping borak2 mengingatkan kisah2 lama.

Keesokan harinya iaitu pada hari Ahad, kami bersarapan di Roti Puri Omar tidak jauh dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Sedap sekali roti purinya. 2 keping roti puri dengan kari kambing berharga RM8.50 kalau tak silap. Seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang dan singgah di Bukit Bunga untuk membeli keropok lekor. Sedap juga keropok lekornya rasa banyak ikan. Seterusnya kami singgah di R&R Perah untuk solat sebelum terus menuju ke pangkal jalan. 

Enjoy gambar2 ekslusif di bawah.



Solat Jumaat di Masjid Daerah Jeli

Ayang Cafe

Nasi Tumpang Ayang Cafe Kota Bharu

Nasi tumpang dengan lauh ikan dan udang

Pasar Siti Khadijah

Pantai Cahaya Bulan, Pengkalan Chepa

Suwarin Jinda Cafe, Pengkalan Chepa

Setelah menunggu lama untuk masuk

Sup perut bulat atau sup perut muda

Summit Tailor Kota Bharu

Mengeteh dengan sahabat se Universiti Malaya iaitu Mat Ju

Roti Puri Omar

Dua keping roti puri dengan kari kambing

Keropok Lekor Nur Alya, Bukit Bunga

Berhenti rehat di R&R Perah

6 ulasan:

  1. tetiba mcm nak plan travel ke KB ni. suka dgn food kat sana. balik sure naik mata peninmbang.

    BalasPadam
  2. bestnya jalan-jalan

    ambil angin sambil tenangkan fikiran

    BalasPadam
  3. lamanyaaaa sy x ke KB mesti dah banyak berubah...kedai2 makan tu lagi banyak dr sebelum ni...

    nasi tumpang dah berapa ntah harganya skrg...

    BalasPadam
  4. @Azian Elias dah boleh dah plan2 tu. Balik work out semula.

    @Mr Hanafi kalau boleh nak berjalan selalukan.

    @Uncle Gedek Keropok Lekor sepatutnya Terengganu, tapi sekarang sah spill sampai Kelantan.

    @Anies Kalau ikutkan harga makan pagi sekarang dah sama macam makan tengah hari punya harga dulu2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu nampaknya kena ke sana juga. dah lama tak JJCM ke KB😁

      Padam