Tuesday, January 23, 2024

Perjalanan ke Mekah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Bertemu semula selepas 2 minggu menghilang dari radar blog. Pada catatan sebelum ini ada aku maklumkan yang aku akan berangkat untuk mengerjakan umrah di Mekah seterusnya ke Madinah. Agak kabur juga bagaimana untuk membuat catatan perjalanan menjadi tetamu Allah kali ini apa pun akan aku cuba ceritakan bermula dari perjalanan pergi hingga ke perjalanan balik. Banyak sekali perkara yang boleh dibuat catatan namun aku rasa aku cuma akan buat catatan ringkas bagi perkara2 penting sahaja. Jadi pembaca semua bersedialah untuk membaca catatan perjalanan ini. Semoga perkongsian ini ada manafaatnya di samping memotivasikan diri untuk berusaha mengerjakan umrah juga.

Dari segi persediaan aku rasa perjalanan kali ini yang paling kalut sekali sebab biasanya aku dan isteri akan plan bersama tapi disebabkan puan isteri bekerja di Putrajaya makanya banyak perkara perlu disediakan sendiri2. Alhamdulillah semuanya ok, aku bawa sedikit sahaja pakaian kerana perancangannya apa yang boleh dibasuh akan dibasuh sendiri, jadi boleh ulang2 pakaian di sana. Kalau tak cukup boleh dibeli di sana. Penerbangan dari KL ke Jeddah adalah pada 11 Januari. Puan isteri sampai ke Penang pada awal pagi 10 Januari. Pagi 10 Januari itu kami berangkat ke Putrajaya dan bermalam dahulu di Hotel Everly. Jadi wife punya preparation beg memang last minit sangat ditambah pula dengan isu ketiadaan air di seluruh Penang pada hari itu.

Tengah hari 11 Januari itu kami telah tiba di KLIA dengan Grab dari Putrajaya. Malas nak susahkan sapa2 lagi waktu orang bekerja masa tu. Seperti biasa perkara yang paling mendebarkan kami ialah semasa nak lepas dari imigresen kerana aku perlukan pelepasan khas untuk ke luar negara. Entah sampai bila masalah ini akan berlaku pun aku tak tahu. Proses yang sepatutnya beberapa minit sahaja akan jadi hampir satu jam. Sebab tu kami plan untuk melepas imigresen awal selepas check-in beg. Bila dah lepas tu lega sangat dan terpaksa bergegas pula untuk solat dan menukar ihram. Plan untuk makan dahulu jadi tak sempat. Puan isteri yang ada diabetik akan jadi masalah bila makan tak ikut time ni. Terpaksalah makan apa yang ada sahaja iaitu biskut. 

Perjalanan ke Jeddah adalah lancar. Perjalanan terasa pendek sahaja kerana banyak tidur sepanjang perjalanan kerana dah berletih2an sebelumnya. Makanan yang dihidangkan memang licin selalu. Sesampai ke Jeddah kami terus menaiki bas menuju ke Hotel Movenpick dan tiba jam 1.30 pagi. Disebabkan ramai jemaah yang tua dan berkerusi roda, mutawif mencadangkan umrah dilakukan pada sebelah pagi setelah Subuh dan sarapan. Antara sebabnya ibadah lebih selesa dan lebih bertenaga untuk melakukannya. Nanti sambung catatan berkenaan pelaksanaan umrah, InsyaAllah.


Dapat beg merah kali ni dari Syarikat MKM

Berehat semalam di Hotel Everly Putrajaya

Praktis makanan pelik2, sedap potato jacket ni

Taklimat oleh MKM

Suasana di KLIA, penuh dengan jemaah yang ingin berumrah

Dah masuk kapat terbang baru lega rasa, kali ni dengan Saudi Air

Tiba di Hotel Movenpick Mekah

Cantik sekali biliknya siap ada katil extra untuk beradu :P


Nantikan sambungannya.

15 comments:

  1. alhamdulillah dah selamat sampai di tanah air..moga semuanya sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kesihatan baik pada ketika ini.

      Delete
  2. semoga mendapat umrah yang mabrur dan selamat pergi dan balik

    ReplyDelete
  3. Semoga mendapatkan umroh yang mabrur, sehat dan selamat kembali ke tanah air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mbak, Aamiin, yang seronoknya mutwif yang memimpin bagus sekali. Ustaz itu dari Acheh.

      Delete
    2. Benarkah ? Wah kalau dapat ustad yang cakap pasti rombongan yg dengar juga nyaman jalankan ibadahnya.

      Delete
  4. ALHAMDULILAH dah selamat ye. Umrah yg mabrur dan makbul.

    ReplyDelete
  5. Masalah apa dengan imigresen itu? Nama dalam senarai hitam ke?
    Alhamdulillah dapat kerjakan umrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang macam tu lah. Alhamdulillah, lama dah teringin ke sana.

      Delete
  6. alhamdulillah bestnya dpt jadi tetamu Allah

    ReplyDelete
  7. menariknya perjalanan ke umrah....memebri inspirasi untuk buat juga umrah nanti...in sha Allah ...amiin

    ReplyDelete
  8. Masalah dengan imigrasi, apalagi kalo terkait nama yg mungkin mirip dengan org lain, memang susah. Jadi betul lah harus spare waktu lebih lama biar tak telat check in dan lainnya.

    Tapi bersyukur semua dimudahkan ya bang 👍

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah jadi juga perjalanan umrohnya Mas.
    Walau dengan segala kesulitan, akhirnya semua berjalan lancar Jedah.

    Salam,

    ReplyDelete