Thursday, February 08, 2024

Pertama Kali Mencuba Nasi Unta

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini telah ditetapkan oleh kebanyakan negara Islam sebagai hari ulang tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj. Walau bagaimana pun tarikh ini sebenarnya tidak disepakati oleh para ulama ada yang mengtakan tarikh yang sebenarnya adalah tarikh yang lain, begitu juga tentang tarikh kelahiran Nabi ﷺ. Di antara sebab perselisihan ini adalah kerana pemahsyuran kalendar Islam (Hijri) hanya di tetapkan pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Nabi ﷺ dan para sahabat tidak merayakan kedua2 peristiwa ini dan tiada amalan khusus bagi kedua peristiwa ini. Cuma kita sebagai umat Islam perlu mengimani berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj ini sebagai mana Saidina Abu Bakar As-Siddiq membenarkannya tanpa ada sedikitpun keraguan. Di antara pengajaran yang boleh kita ambil ialah betapa tingginya nilai solat berbanding amalan2 lain, hanya solat sahaja yang disyariatkan ketika Nabi ﷺ bertemu Allah Azza wa Jalla di Sidratul Muntaha iaitu selepas lapisan langit ketujuh. Seterusnya kita mengharapkan setinggi itu jugalah kedudukan orang yang solat berbanding orang yang tidak solat. Semoga kita sentiasa memberatkan ibadah solat sepanjang hidup kita sebagaimana Nabi ﷺ memberatkannya.

Sambung catatan dari siri catatan Umrah 2024 berkenaan pengalaman di sana. Di antara perkara yang menarik perhatian aku di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ialah adanya ruang untuk berbuka bagi orang berpuasa berbuka pada hari Isnin dan Khamis. Kejadian yang aku kongsikan ini berlaku pada hari Isnin di Masjidil Haram sehari sebelum kami meninggalkan Mekah untuk ke Madinah. Biasanya jika tiada kekangan yang besar baguslah untuk kita mengambil peluang berpuasa Isnin dan Khamis ketika berada di Tanah Haram, semoga Allah menerima ibadah kita dengan pahala yang besar. Umrah kali ini kami diketuai oleh mutawif yang agak muda jadi banyaklah perancangan2 aktiviti yang tiada dalam aturan perjalanan. Salah satu darinya ialah ke kedai makan untuk makan nasi unta. Asalnya mereka bercadang untuk makan pada hari Adah tetapi ditunda pada hari Isnin. Pada aku rezekilah sebab boleh buat dikirakan sebagai berbuka yang beratlah. 

Berbuka yang awal hanya ringkas sahaja di masjid. Penganjur akan membentangkan plastik panjang sebagai saprah dah orang yang berbuka dibekalkan dengan kurma, air zamzam, air teh, roti dan yogurt masam. Aku sebenarnya dah standby air mineral takut2 tak jumpa tempat berbuka beramai2 ni. Tempat aku berbuka di rooftop Masjidil Haram, kena naik eskelator 3 tingkat. Walaupun tujuannya adalah untuk orang berbuka namun mereka tidak pula melarang orang yang tidak berbuka mengambil tempat. Siapapun boleh join selagi masih ada ruang. Secara tidak langsung ini menggalakkan orang untuk berpuasa sunat juga. 

Selesai solat Maghrib sementara menunggu Isya' aku join kuliah pengajian. Walaupun tak faham sepenuhnya namun mudah2an kita akan dapat fadilat menyertai majlis ilmu. Dalam mendengar kuliah itu aku suka memperhatikan orang2 di sana. Ada yang mencium2 (bau) sejenis tumbuhan. Tak pasti tumbukan apakah itu, nampaknya seperti ada bunganya. Kemudian ada juga yang menghidangkan kopi berempah. Ada juga yang mengedarkan timun dan carrot yang telah dipotong2. Ada yang membagi2 kurma. Macam2 cara orang buat untuk bersedekah. 

Selesai solat Isyak mana yang nak join makan nasi unta telah berkumpul di tempat menunggu bas. Perjalanannya tidaklah jauh. Sampai di kedai kami duduk berasingan antara lelaki dan perempuan, kemudian dihidangkanlah dengan nasi arab dengan lauk daging unta. Sebelum itu telah disediakan sup unta secawan seorang. Sedap juga supnya. Disebabkan perut yang lapar makan secara automatik makanan yang dihidangkan menjadi sedap, mungkin juga berkat makan di tanah haram. Satu dulang nasi dan daging unta boleh dimakan dalam 4/5 orang. Ada juga yang makan nasi dengan kepala kambing, yang ini pun aku dapat rasa kerana ada yang mempelawanya. Semuanya adalah satu pengalaman baru bagi aku. 

Selesai makan ada sesi kuliah oleh Ustaz Fauzan dan Ustaz Farhan, berbaloi2 umrah kali ini kerana banyak juga sesi2 perkongsian ilmu di sepanjang kami di sana. Ini adalah antara apa yang aku suka. Sehingga balik ke Malaysia kami yang masih lagi berada dalam grup WA, sekali sekala Ustaz Farhan Abu Furaihan akan share link kuliah live beliau di Instagram dan ada juga yang aku join. Kalau ada yang nak join follow di instagram.com/farhanabufuraihan

   

Suasana iftar di Masjidil Haram

Suasana iftar di Masjidil Haram

Sambil2 menunggu masuk waktu tu kita mengaji Al-Quran lah dahulu

Rooftop Masjidil Haram

Suasana berkuliah di Masjidil Haram

Ada yang membagi2 timun potong

Ada yang membagi2 carrot potong

Nasi unta

Jika tak silap ia di masak tanpa minyak tambahan, minyak yang digunakan adalah dari unta itu sendiri.

Ustaz Fauzan Ben Yahaya

Ustaz Farhan Abu Furaihan

 

Sekian dahulu untuk catatan kali ini. Selepas ini akan ada catatan pengalaman di Madinah pula. Sedih sekali meninggalkan Mekah.

16 comments:

  1. nampak sedap jer nasi unta tu, apatah lagi time iftar kan, segalanya pun sedap

    ReplyDelete
  2. Nasi Unta alhamdulillah dah pernah makan banyak kali especially masa belajar dulu.. Okla rasa sedap hahahahaaa

    ReplyDelete
  3. Penasaran pulaaa nasi unta. Sebenernya lebih ke daging unta itu sendiri. Tak pernah coba. Dulu saat umroh, saya tak lihat ada yg jual menu unta 😄. Teringin nak beli kalo ada.

    Mirip daging sapi kah bang?

    Memang bagi yg berpuasa di tanah suci, rasanya banyaak sangat menerima aneka bukaan, dari orang2 sana. Terharu kadang di mana semuanya terlihat bagai saudara sesama muslim. Saling menawarkan makanan etc.itulah yg bikin rindu nak balik lagi ke tanah suci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menganggap Tanah Suci ini seperti kampung sendiri, tak rasa seperti bermusafir. Sebolehnya nak tinggal di sana dan hidup seperti orang2 di sana. Saya lihat banyak perubahan positif, dulu2 banyak pencopet sekarang nampaknya telah tiada orang perkatakannya. Suasananya lebih aman terutamanya Madinah. Dagingnya mirip sapi tetapi tekstur lebih lebih kasar dan agak kering, selepas makan habis tangan agak berminyak (menunjukkan ianya fresh). Tidak bau seperti kambing/ biri2.

      Delete
  4. Waalaikumsalam kakak. Alhamdulillah bisa umroh di tanah suci dan merasakan nasi unta saat Isro mi'raj.😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah catatan terkemudian, di sana tidak fikir pasal blog.

      Delete
  5. penah rasa sekali nasi ni ms g umrah dulu
    tapi sy makan sikit je
    tak tahu kenapa
    tekak rasa lain
    tapi orang lain cakap sedap...
    berbuka kat sana memang seronok...
    meriah betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan makanan biasa nasi unta ni. Ia hanya di hidang dalam majlis2 tertentu. Hanya sekarang baru dijadikan menu tarikan. Dari segi sunnah nabi paling suka daging kambing.

      Delete
  6. Kawan sepejabat saya pernah ceritakan pergi umrah tanpa ada duit yang banyak...tapi langsung tidak risau kerana selalu dapat makan percuma di masjid...mungkin keberkatan tempat ini menyebabkan orang tidak mahu fikir duit sangat tetapi kepada amal ibadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya macam2 cara orang nak bersedekah, di sana dipanggil sabil. Banyak kedai menyediakan menu sabil ni dah harganya kurang dari harga menu biasa. Kedai pun cari saham akhirat juga.

      Delete
  7. Nasi unta, sup onta...
    Saya jadi penasaran, bagaimana cita rasa nya ya?

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supnya berempah. Dagingnya mirip sapi tetapi tekstur lebih lebih kasar dan agak kering, selepas makan habis tangan agak berminyak (menunjukkan ianya fresh). Tidak bau seperti kambing/ biri2.

      Delete