Jumaat, Ogos 22, 2025

Siapa Pula Pasang Bendera Terbalik Lagi Ni?

Refleksi bendera Malaysia di sebuah terusan.

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat. Semoga semua dilimpahi dengan rahmat berupa hati yang tenang pada hari ini. Sekarang ini sedang kecoh pasal bendera terbalik, asal masuk bulan kemerdekaan sahaja pasti kejadian-kejadian seperti ini akan muncul. Tahun-tahun lepas juga telah berlaku perkara ini. Hairan juga sama ada perkara ini disengajakan atau tidak. Nak dikatakan tidak sengaja itu pelik sangat kerana budak sekolah pun tahu yang mana atas yang mana bawah. 

Jika tidak suka dengan kerajaan Malaysia atau Malaysia itu sendiri tidak perlulah buat provokasi sebegini, pergilah migrate ke mana-mana negara yang disukai sangat tu. 

Apapun gambar di atas adalah gambar refleksi bendera yang digantung di pagar tempat aku bekerja, bila terpantul di air nampaklah terbalik. Sekian catatan ringkas kali ini.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan