Kembali kepada tajuk catatan kali ini, iaitu berkenaan Victorinox SD Classic warna hitam yang aku baru terbeli pagi tadi. Selalu pula video pocket knife ini muncul apa scroll-scroll satu platform tertentu itu. Bila dah selalu muncul rasa tertariklah pula untuk mencari lebih lanjut dan lantaran itu terbelilah pula. Selalunya macam tulah, nak kata terjerat mungkin juga tapi sebab nak puaskan hati belilah juga. Mungkin ada gunanya nanti.
Victorinox ni memang terkenal dengan mini tools pocket knifenya, kadang orang suka sebut Swiss Army kerana memang banyak tentera di seluruh dunia dibekalkan dengan pocket knife dan disebabkan syarikat Victorinox ni berpangkalan di Switzerland itu yang orang suka sebut Swiss Army. Victorinox ni bukan sahaja jenama yang orang lelaki suka bahkan orang perempuan pun ada yang buat koleksi pisau dapurnya. Mahsyur juga pisau dapur Victorinox ni, pelbagai function ada. Selain itu ia selalu dijadikan hadiah terutamanya jika ada yang berkunjung ke Switzerland. Setakat ni masih belum berpeluang ke sana.
Jadi pocket knife Victorinox SD Classic ni masih belum berada di tangan, tak sabar nak tunggu dia sampai untuk dijadikan keychain.
Suami saya la antara peminat pisau gini. Bersusun koleksi, cantik jugak tengok ada yang berukir. Saya kenal jenama Victorinox ni pun sebab suami ada beli.
BalasPadamsenang dibawa kemana-kemana, 2in1
BalasPadam