Assalamualaikum dan selamat malam. Adoi nak tergelak pun ada. Macam manalah mereka ni buat kerja. Lanjutan dari catatan sebelum ini tentang selipar putus semasa balik berjalan kaki dari surau, aku pun mulalah gatal tangan nak cari sandal baharu sebagai pengganti. Macam dah tawar hati sedikit dengan jenama Skechers kes selipar putus tu. Aku pun carilah tawaran yang ada. Sekali rupanya Adidas sedang buat tawaran juga awal Februari ini, mungkin untuk Tahun Baru Cina.
Aku cari saiz mana yang sesuai sahaja, warna kadang aku tak kisah mana pun sebab selipar pelasahan cuma aku nak buat jalan dekat-dekat jadi yang lebih penting ialah selesa dan tahan. Petang semalam sampailah parcel ni dalam beg plastik yang besar sekali. Tak kemas langsung mereka ni buat kerja. Lepas buka plastik semua aku pun cubalah sarung sekali rasa pelik kenapa satu rasa ketat sikit. Laa... saiz tak sama besar rupanya. Menyusahkan betul lah mereka ni. Dahlah nak kena return balik untuk refund.
Rasa tawar hati pula nak membeli semula sandal Adidas ini. Rasa nak cari yang ada tali belakang pula.
| Banyakkan bezanya. |
| Kalau pakai ni mesti orang kata tertukar dengan orang. |
| Menyusahkan pelanggan sahaja. |
Sekian dahulu. Maaflah berturut-turun catatan pasal selipar/ sandal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan