Assalamualaikum dan selamat malam. Kita skip dahulu siri Travelog Haji dengan catatan ini. Catatan ini adalah tentang hujung minggu baru ni yang sungguh padat dan penat. Sebenarnya bermula hari Jumaat, aku menghantar puan isteri ke klinik mata. Mata puan isteri dah jadi teruk bermula sebelum haji lagi sebenarnya, tapi disebabkan dah suntuk sangat tak sempat nak jumpa doktor mata. Lagi pun kadang kala problem boleh heal sendiri dengan masa. Cuma masa dah sampai di Mekah, tak heal dan tiba-tiba matanya ada rasa macam makin kabur. Kemungkinannya ada urat di dalam mata pecah.
Ketika di sana ada juga ke dua hospital untuk dapat rawatan mata, puan isteri memang ada ambil additional insurance cuma bila dan pergi kedua hospital tu akhirnya mereka suruh ke hospital lain yang tidak cover dalam insurance. Tak buat apalah sampai lah balik Malaysia semula. Sepanjang di sana aku selalu kena pimpin tangan sebab wife susah nak mengagak terutamanya kalau ada anak tangga atau permukaan tak rata. Jadi Jumaat lepas selepas consult dengan doctor, kenalah cucuk mata kiri dan kanan. Next dalam minggu depan kena operate pula mata kanan. In detail, aku sendiri tak faham sangat sebab mata ni complex betul kejadiaannya.
Jumaat tu settle dalam pukul 6PM, aku pula terpaksa ke office sebab nak ambil barang dan punch sekalilah. Tak expect lama sangat sebenarnya. Hujan pula punyalah lebat. Balik ke rumah aku risau juga sebab esok pagi nak travel ke KL sebab ada majlis bertunang sepupu. Bapa saudara yang sama-sama berhaji jemput personally, jadi kena lah datang. Lagi pun selepas balik ke Malaysia belum sempat berjumpa lagi. Kami bertolak dalam pukul 7AM pagi Sabtu tu. Dalam perjalanan aku punyalah mengantuk, rasanya mungkin tak cukup rehat. Aku pun masuk R&R untuk tidur sekejap. Sebenarnya besar faedah ni apa yang dikatakan dengan power-nap ni. Memang betul-betul menjadi. Lepas tidur sekejap dalam 20 minit dan segar dan boleh terus drive sampai KL.
Jadi kami tiba lewat dari kemuncak majlis, tak apalah janji sempatlah makan dan jumpa-jumpa keluarga dekat dan jauh. Dah selesai di situ aku ada plan ke dua pula iaitu ziarah kawan zaman Twitter dulu. Sebelum ni ada beberapa kali jumpa, Pak Syed ni unik sikit sebab di agak senior jadi sangat respectlah dengan dia. Dia dengan teknologi juga di hujung jari sahaja. Pakai iPhone dan dia juga pakai Apple Watch. Dia juga pernah blogging juga dulu.
Malam tu ada satu lagi acara iaitu mini-gathering dengan geng haji. Mulanya plan 3 orang kemudian jadi berempat termasuk ustaz yang menguruskan jemaah haji. Seronok juga bercerita macam-macam sampaikan tak terasa waktu berjalan. Sedar-sedar dah dekat pukul 2AM.
Hari Ahad tu aku dan Eryna balik ke Penang semula setelah menghantar wife ke Cyberjaya. Fuh penuh rasa hujung minggu baru ni.
| Gambar dari masjis pertunangan Uya, kami tiada dalam gambar sebab kami lewat sampai. |
| Ziarah Pak Syed dan isteri di Petaling Jaya. |
| Mini gathering geng yang sama berhaji baru-baru ini. |
Sekian dahulu catatannya. Sekian, terima kasih.
best tu siap ada mini gath geng2 haji yer :) ukhuwwah berpanjangan gitu
BalasPadamAlhamdulillah satu perjalanan dapat berjumpa dgn ramai orang. Walaupun penat driving tapi berbaloi.
BalasPadam