Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada
ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin
meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian
tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang
paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba
untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat.
Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat
ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya
dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang
mengandungi ayat yang ringkas:-
Kepada Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.
Sabtu, Mei 21, 2005
RM1000
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan