SHAH ALAM 15 Dis. - Seorang tahanan yang cuba melarikan diri daripada polis berjaya diberkas semula selepas `menghilangkan' dirinya selama enam jam di dalam tandas lelaki di Mahkamah Rendah Syariah Selangor di sini hari ini.
Menurut sumber, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu pada mulanya telah meminta kebenaran untuk ke tandas daripada polis yang mengawalnya.
``Bagaimanapun sebaik sahaja lelaki itu memasuki tandas kira-kira pukul 10.30 pagi, dia telah berjaya menghilangkan diri.
``Akhirnya pasukan polis yang berusaha mengesan lelaki tersebut berjaya menemuinya semula di dalam kawasan tandas itu juga kira-kira pukul 4.30 petang ini,'' katanya di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Abdul Wahab Embung ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan memberi ulasan lanjut.
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan tahanan di Penjara Sungai Buloh kerana kesalahan rogol.
Dia dibawa ke Mahkamah Syariah Selangor yang terletak di tingkat lapan Bangunan UMNO Selangor di sini kerana diperlukan oleh pihak mahkamah bagi menyelesaikan satu kes keluarga.
Abdul Wahab enggan mendedahkan identiti tahanan berkenaan serta menjelaskan bagaimana tahanan itu boleh melepaskan diri malah boleh bersembunyi di dalam tandas tersebut.
Katanya, apa yang penting ialah pihak polis telah berjaya menahannya semula dan dapat menghalang lelaki itu daripada terus melarikan diri.
Jumaat, Disember 16, 2005
Tahanan lari diberkas semula selepas 6 jam dalam tandas - Utusan Malaysia Online
Tahanan lari diberkas semula selepas 6 jam dalam tandas - Utusan Malaysia Online:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan