"MADRID: Beribu-ribu rakyat Sepanyol terutama golongan intelektual, pakar akademik dan aktivis antiglobalisasi mengaku memeluk Islam kerana menemui ketenangan dan kedamaian dalam agama suci itu.
“Penduduk Sepanyol yang memeluk Islam mencatatkan peningkatan di sebalik kempen jahat media Barat,” kata Ketua Persatuan Islam Catalonia, Abdul-Nour Brado.
Anggaran menunjukkan antara 3,000 hingga 4,000 penduduk wilayah autonomi Catalonia di Sepanyol memeluk Islam sejak kebelakangan ini tetapi Brado percaya bilangan mungkin lebih tinggi daripada itu.
Laporan media tempatan menunjukkan intelektual, pakar akademik dan aktivis antiglobalisasi membentuk sebahagian besar saudara baru di Sepanyol. Penduduk Catalonia memeluk Islam buat kali pertama pada 1960-an dan ia cuma sebilangan kecil.
Kini beribu-ribu penduduk wilayah berkenaan dipercayai sudah memeluk Islam. Catalonia meliputi kawasan 31,950 kilometer persegi dengan penduduk rasmi berjumlah 6.3 juta dan ibu negerinya, Barcelona. - Agensi"
Selasa, September 30, 2008
Rakyat Sepanyol tenang peluk Islam
Rakyat Sepanyol tenang peluk Islam:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
alhamdulillah...
BalasPadam