Khamis, Mei 07, 2009

Bisikan diraja #1blackmalaysia


Gambar ihsan dari mStar Online.

Pastinya hari ini ramai yang kecewa bila mengikuti perkembangan persidangan DUN Negeri Perak. Banyak pencabulan demokrasi telah berlaku antaranya:
  • Arahan pihak polis tidak membenarkan pemakaian pakaian berwarna hitam. Nak pakai baju warna apa pun adalah hak setiap insan.
  • Berpuluh ditahan polis tanpa sebab. Yang ditahan termasuk ADUN-ADUN dan ahli-ahli Parlimen.
  • Anggota DUN tidak mematuhi arahan Speaker. Dalam apa jua keadaan Speaker tetap berkuasa.
  • Campur tangan polis di dalam dewan. Sampai Speaker di heret ke dalam bilik khas.
Sebagai rakyat Malaysia yang mendokong amalan demokrasi seharusnya malu dengan apa yang berlaku. ADUN Pakatan Rakyat tidak meminta kuasa dikembalikan kepada mereka, mereka mahukan demokrasi ditegakkan. Kembalikan kuasa memilih kepada rakyat Perak. Bubarkan DUN Perak.

Bersama kita doakan perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.

Ikuti hashtag #1blackmalaysia di Twitter Search: #1blackmalaysia

1 ulasan:

  1. nak bubarkan dun untuk apa..jelas2..majoriti untuk bn..matematik tak belajar ker?

    BalasPadam