Selasa, Ogos 28, 2012

Tanggal 1 Syawal 1433 perginya uwan buat selamanya

Kesihatan uwan memang agak merudum beberapa bulan lalu, banyak juga usaha2 telah diambil oleh anak2 uwan berkenaan kesihatannya. Pada bukan Jun lepas aku ada melawat uwan di kampung, ketika itu pun uwan telah kurus sangat, kurang makan dan kurang berdaya. Uwan banyak menghabiskan masa berbaring dikatilnya. Uwan dijaga oleh cucunya Amirah di kampung, di samping itu mak dan adik-beradik mak sekali sekala akan bergilir2 menjaga ibu mereka.

Dari awal puasa aku selalu mengikuti perkembangan uwan, berguna juga laman facebook apabila satu group telah aku buat sejak beberapa lama dahulu untuk menghubungkan anak pinak keluarga uwan semua. Melalui closed group ini saudara2, sepupu2 akan update apa2 perkembangan. 

1 Syawal 1433

Setelah sembahyang sunat Aidil Fitri di Masjid Daerah Bera kami sekeluarga bermaaf-maafan, ketika itu ada adik ipar aku dua orang. Selapas bersalam2an kami singgah beraya di Lui, N9 seterusnya kami ke Batu Kikir untuk melawat uwan di samping beraya. Ramai sekali saudara-mara dikampung sampai nak cari tempat untuk duduk pun agak susah. Ramai yang bertandang untuk melawat uwan. Pada ketika ini uwan hanya berbaring, tidak lagi membuka mata, hanya sekali sekala melihat tangannya di gerak2an, sekejap diterlentangkan sekejap diterlangkupkan. Aku berada di sisi uwan untuk seketika, mengurut2 tangan uwan.


Gambar oleh Basyir. Eryna beraksi takut bila mengadap uwan.

@melamyra sempat juga mengurut-urut kaki uwan

Setelah lewat petang kami berhajat untuk pulang ke Triang, jarak antara Batu Kikir ke Triang tidaklah jauh sangat. Sebelum balik kami membawa abah dan emak melawat mak long di Juasseh yang juga tidak berapa sihat. Kemudian setelah menghantar emak dan abah ke kampung di Batu Kikir kami meneruskan perjalanan ke Triang.

Berita uwan menghembuskan nafas terakhir

Belum pun sampai aku menerima sms/tweet mengatakan uwan telah tiada. Bermuram juga pada malam itu. Keesokan paginya kami kembali ke Batu Kikir untuk menguruskan jenazah uwan. Untung uwan punya anak yang agak ramai, bilangan perempuan dan lelaki juga balance, ini memudahkan pengurusan jenazah, masing2 punya tugas. Anak2lah yang patut memandikan jenazah. Terfikir jika umur aku panjang macam uwan, siapalah yang akan memandikan jenazah aku nanti.

Van jenazah sedia mambawa jenazah uwan untuk disembahyangkan

Tahlil dan talkin

Pukul 3 lebih uwan selamat disemadikan. Ketika imam membaca talkin emak tiba2 pitam, kelam kabut juga bawa emak balik ke rumah, emak terlalu penat menjaga uwan, menguruskan mcm2 perkara.

Banyak kenangan2 bersama uwan terkenang semula. Teringat masa aku masih sekolah rendah selalu juga tinggal di kampung dengan sepupu bersama uwan. Uwan kitika itu kurang pandai mengaji, sekali sekala dia akan tanya. Dia percayakan cucunya yang masih kecil itu pada ketika itu. Semasa tingkatan 5 emak dan abah pergi menunaikan haji. Uwan lah yang menjaga aku dan adik aku ketika itu di Kuantan. Tahun 2000/2001 uwan bersama2 menunai umrah. Beg uwan hilang dalam flight. Uwan tenang sahaja. Ketika sai'e selalu juga memimpin uwan berlari2 anak dari Safa ke Marwah.

Moga uwan tenang di sana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan