 |
Slide persembahan Kampung Lubuk Salak |
Semalam adalah hari penilaian Anugerah Desa Perdana 2017 peringkat Daerah Muallim. Aku telah dipilih sebagai salah seorang panel hakim dimana aku telah ditugaskan untuk menilai aspek ICT setiap kampung. Blog ini bertulis sebab rasa nak rekodkan beberapa perkara supaya tidak lupa dan mungkin satu pengalaman baru.
Tiga buah kampung telah menyertai pertandingan peringkat daerah Muallim ini iaitu Kampung Lubuk Salak, Kampung Kuala Slim dan Kampung Balum. Semua kampung ini merupakan kampung-kampung utama di mana di dalamnya terdapat juga kampung-kampung yang berangkai (baru tahu).
Pertandingan ini adalah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diuruskan oleh KEMAS, selain dari aku panel-panel lain merupakan lantikan dari agensi-agensi kerajaan dalam daerah Muallim seperti Pejabat Kesihatan, Pejabat Pendidikan Daerah, MARA, Pejabat Belia dan Sukan, JKR dan lain-lain.
Setiap kampung perlu menyediakan dokumen untuk dinilai dan kemudian sesi temuduga bersama AJK yang telibat diadakan.
 |
Kampung Lubuk Salak |
 |
Kampung Lubuk Salak |
 |
Kampung Kuala Slim |
 |
Kampung Kuala Slim |
 |
Surau Tinggi Kampung Balun |
 |
Sesi penilaian di Kampung Balun |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan