Khamis, April 06, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Ustaz Dr Rozaimi Ramle | 6 April 2017 | 10 Rejab 1438


Pengajian Hadis

Hadis 25 Jamiul Ulum wal Hikam - Ibn Rajab


Abu Dzar riwayatkan hadis ini. Sesungguhnya ada beberapa kump manusia berjumpa Rasulullah ﷺ dan bertanya. Ya Rasulullah ﷺ orang kaya telah pergi membawa pahala2 dengan solat seperti mana kami solat dan berpuasa sebagai mana kami berpuasa. Mereka bersedekah dengan lebihan harta yang ada pada mereka. Orang kaya boleh buat apa yang kami tak boleh buat. Nabi ﷺ memberi jawapan. Tidakkah Allah telah jadikan sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesunggunya bagi setiap ucapan tasbih (SubhanAllah) adalah sedekah. Setiap takbir (Allahuakbar) sedekah. Tahmid (Alhamdulillah) juga sedekah, tahlil (Lailahaillah…) juga sedekah. Menyeru maaruf dan mencegah mungkar juga sedekah. Pada kemaluan isteri kamu juga sedekah. Sahabat tanya adakah kerana melakukan jimak dikira sedekah? Nabi ﷺ kata. Apa pandangan kamu jika sesorang meletakkan syahwat pada yang haram berdosa? Ya, jawab sahabat. Kata nabi ﷺ, begitu juga melepaskan syahwat pada yang halal akan mendapat pahala. 

Miskin - tiada lebihan harta
Fakir - lebih dahsyat dari miskin
Ghibtoh - dengki dalam urusan baik. Berlawanan dengan hasad. 

Taubah 92

Holy Quran 9:92
------------------
وَلَا عَلَى ٱلَّذِينَ إِذَا مَآ أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لَآ أَجِدُ مَآ أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوا۟ وَّأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا۟ مَا يُنفِقُونَ

Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah). 

Tanya diri: apa yang kita dah buat untuk agama sepanjang hidup? 

Akan sentiasa ada dari kalangan umatku yang tetap dalam kebenaran. Tidak peduli dicela. Hingga Allah akhirnya beri kemenangan. 

Lebih baik dipenjara di dunia kerana menyelamatkan orang dari api neraka. 

Jangan dipertikai benda yang baik walaupun kecil. 

Sedekah tanpa harta:
  1. Berbuat baik dengan makhluk. 
  2. Usaha jangan bagi mudharat pada orang lain
  3. Tasbih, takbir, tahmid, tahlil

Ghast: pokok tahan lama
Zar'an: pokok tak tahan lama

Nafkah zahir juga adalah sedekah. 

Tidak berganjak kaki di Masyar:
  1. Umur dimana dihabis
  2. Harta dari mana dapat dimana dibelanja
  3. Ilmunya untuk apa dimanafaatkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan