Sabtu, November 25, 2017

Kuliah Maghrib | Surau Taman Pauh Jaya | Ustaz Mohd Aizat | 25 November 2017 | 7 Rabiulawwal 1439

Hadis 13 dari Kitab 40 Hadis Jalan Ke Syurga

Ustaz Mohd Aizat
Dari Abu Ibrahim Abdullah berkata Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah menyediakan di dalam syurga kepada orang yang berjihad 100 darjat. Yang di antara satu dengan satu darjat luasnya seperti luas jarak langit dan bumi. 

Dalam hadis lain: Siapa yang keluar menuntut ilmu dia itu seperti orang yang berjihad sehingga dia pulang ke rumahnya. 

Dari Abu Bakr Bin Abu Musa Al-Asyaari berkata dia mendengar bapanya ketika berdepan musuh berkata: Rasulullah ﷺ bersabda sesungguhnya pintu2 syurga itu di bawah naungan pedang2. 

Jihad disebut sebanyak 41 kali di dalam Al-Quran. 

Makna umum jihad ialah bersungguh2 dalam melakukan sesuatu. 

Meninggikan kalimah Allah itu adalah jihad. 

Mati syahid

Abu Ubadah bin Tsomiq berkata Rasulullah ﷺ bersabda Sesungguhnya Allah beri 7 perkara kepada yang mati syahid; diampunkan segala dosa mula sahaja darahnya mengalir, diperlihatkan tempat tinggalnya di dalam syurga, dihiasi dengan hiasan iman, dipelihara dari azab kubur dan diamankan dari kengerian hari akhirat, dipakaikan mahkota kemenangan di kepalanya dengan permata yang lebih baik dari dunia dan seisinya, dikahwinkan dengan 72 orang bidadari, dapat memberi syafaat kepada 70 orang ahli kerabatnya yang terdekat. 

Surah Ali Imran ayat 169

وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتًۢا ۚ بَلْ أَحْيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

Orang mati syahid dibawa oleh burung hijau di dalam syurga, dibawa singgah makan buah2 dan minum2an syurga. Mereka berbual betapa sekiranya orang yang tidak berjihad tahu ganjarannya nescaya mereka tidak lemah semangat. 

Selalu bersungguh2 berdoa supaya mati syahid di jalan Allah. InsyaAllah dikira syahid walaupun matinya di atas katil. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan