Jumaat, Ogos 17, 2018

Kuliah Maghrib | Masjid Timah | Ustaz Tarmizi Shamsul Arif | Tafsir…

Kuliah Maghrib | Masjid Timah | Ustaz Tarmizi Shamsul Arif | Tafsir Surah Syu'ara

Kaum Nabi Lut AS

Sifat insan mesti berbuat dosa tak banyak, sikit.

Yang telah buat dosa perlu segera kembali kepada Allah.

Surah Az-Zumar 39:54
------------------
وَأَنِيبُوٓا۟ إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا۟ لَهُۥ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ ٱلْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

Nabi Lut dilantik jadi rasul bagi kaum Sadum di Jordan.

Nabi Lut jadi saksi peristiwa Nabi Ibrahim dibakar tetapi tidak terbakar.

Holy Quran 26:160
------------------
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ ٱلْمُرْسَلِينَ

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

Holy Quran 26:161
------------------
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Holy Quran 26:162
------------------
إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Holy Quran 26:163
------------------
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Holy Quran 26:164
------------------
وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Holy Quran 26:165
------------------
أَتَأْتُونَ ٱلذُّكْرَانَ مِنَ ٱلْعَٰلَمِينَ

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

Holy Quran 26:166
------------------
وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ

"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"

Holy Quran 26:167
------------------
قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُخْرَجِينَ

Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

Holy Quran 26:168
------------------
قَالَ إِنِّى لِعَمَلِكُم مِّنَ ٱلْقَالِينَ

Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

Holy Quran 26:169
------------------
رَبِّ نَجِّنِى وَأَهْلِى مِمَّا يَعْمَلُونَ

(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

Holy Quran 26:170
------------------
فَنَجَّيْنَٰهُ وَأَهْلَهُۥٓ أَجْمَعِينَ

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya

Holy Quran 26:171
------------------
إِلَّا عَجُوزًا فِى ٱلْغَٰبِرِينَ

Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

Holy Quran 26:172
------------------
ثُمَّ دَمَّرْنَا ٱلْءَاخَرِينَ

Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

Holy Quran 26:173
------------------
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا ۖ فَسَآءَ مَطَرُ ٱلْمُنذَرِينَ

Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

Holy Quran 26:174
------------------
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Holy Quran 26:175
------------------
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Kaum Nabi Lut tidak mengiktiraf Nabi Lut sebagai rasul yang diutuskan.

Isteri Lut termasuk orang yang kufur kepada Allah. Begitu juga isteri nabi Nuh.

3 Azab yang diterima umat Nabi Lut:
  1. Pekikan yang amat dasyat.
  2. Jibril cungkil dengan satu dari sayapnya, jeritan didengari seluruh penduduk bumi.
  3. Diturunkan hujan dari tanah yang dibakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan