Macam mimpi pula bila jumpa balik Sinomot selepas 4 bulan menghilangkan diri. Kucing ni kucing kutip sahaja tapi sebab bela dari kecil, dalam keadaaan 'kalau tak dikutip mungkin dia akan mati', mungkin ada value lain sikit Sinomot ni.
Tak pasti macam mana Sinomot ni boleh hilang tapi duk rasa2 macam orang buang jauh sebab last masa duk jaga dia tu dia ada problem sikit. Dia tak reti lagi nak berak di tempat yang betul. Mungkin terberak kat rumah orang ke lepas tu mungkin orang tu buang dia jauh.
Tgh hari tadi ada janji dengan seorang ni dekat Petron Kg Belah Dua, sekali terjumpa Sinomot ni, jinak macam masa hilang tu, kebersihan pun agak ok cuma agak kurus. Rangka badan dah agak besar sebab dah 4 bulan menghilang.
Dipendekkan cerita, bawa baliklah semua. Tak tahu lagi nak buat apa. Nak lepaskan takut hilang, nak buh dalam rumah takut berak pula nanti. Apa pun semua dalam rumah ni excited bila dapat jumpa semula dengan Sinomot.
|
Waktu jumpa mula2 |
|
Cari tanda untuk kepastian |
|
Sinomot yang comot |
|
Eryna selamba je kutip dan bawa masuk dalam kereta |
|
Lama tak dapat makan sedap kut |
|
Nampak sihat |
Sekarang dia tengah tidur kat tangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan