Khamis, Februari 20, 2020

Sistem Pemenggalan Waktu

Ramai orang keliru berkenaan waktu ni bukan sahaja dalam percakapan malah dalam surat menyurat pun sama. Dapat gambar ni dari salah satu group WhatsApp. Terima kasih pada yang berkongsi. Boleh dijadikan panduan bila ada keperluan.
Berikut petikannya dari gambar di atas.

Sistem Pemenggalan Waktu
(Sumber DBP)

Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59

Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59

Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59

Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59

Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.

'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'

Terima kasih. ABDUL RAHMAN JURI

Munsyi DBP
Semoga ada manafaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan