Isnin, November 02, 2020

Moving to SSD and Repairing #ThinkPad #T60 loudspeakers with superglue

19 Oktober 2020

Sambungan dari blogpost bertajuk Upgrading IBM ThinkPad T60 CPU from T2400 to T7400. Selain dari upgrade CPU atau processor, dalam masa yang sama HDD telah diupgrade kepada SSD. Dari 60GB HDD kepada 120GB SSD. Dari menggunakan Windows XP kepada Manjaro Linux. Sebenarnya berkira-kira juga nak beli SSD ni, sebab nak pakai kat laptop lama dan tak pasti lagi performance laptop ni bila diupgrade. Saja try cari brand yang kurang terkenal dan habis murah. Kalau rajin ikuti perkembangan memang macam-macam dah jenis syarikat yang keluarkan SSD ni. Bila tanya orang, biasanya orang tak suggest brand pelik-pelik tapi sebenarnya ok je, so far dah pakai dekat sebulan ni takde masalah pun. 

Lepas tukar HDD ke SSD ni sebenarnya ada problem juga, system tak detect SSD tu, mengelabah jugalah duk ingat kena tipu dapat yang faulty ke. Kalau SSD baru tak detect boleh cuba cabut RAM kemudian pasang balik atau reset BIOS dengan cebut cable bateri CMOS.

Bila dah detect terus install Manjaro Linux dengan jayanya kecuali ada problem slow bila lock screen. Nak solve dia ialah dengan just disable auto lock screen.   

Beli lebih supaya ada spare atau jual balik

120GB KingDian SSD

Made in China for sure

Siap install OS Manjaro Linux pada ThinkPad T60


 2 November 2020

Malas nak create posting baharu jadi sambung bawah tajuk yang sama sahajalah. Hari ni cuba repair loudspeakers laptop ni. Masa dapat laptop ni speaker dia dah pecah. Sound apa pun tak dengan kecuali sikit. Duk cari juga kalau ada orang jual, memang tak banyak yang jual. Yang baru langsung dah tak ada yang ada hanyalah second hand. Paling kurang orang jual RM50 juga. Kalau rajin jual part komputer lama ni sebenarnya ok juga sebab akan ada yang mencari.

Sebenarnya nak repair speaker ni lebih extream dari tukar processor, hampir bukak semua dah laptop ni, sampai ke LCD pun kena ditanggalkan. untungnya laptop thinkpad lama ni ialah upgradabilitynya dan repairabilitynya. Kalau laptop baru semuanya dah soldered, kalau boleh bateri pun soldered. Jawabnya pakai buang sahajalah.

Habis tanggal semuanya

Speaker yang rosak, keliling tiada yang bercantum dengan dinding speaker

Mungkin 1W atau 2W je speaker laptop ni

Sapu gam superglue di keliling kertas yang koyak

Gam yang digunakan

Sementara nak pasang tu sempat cuci luar dulu

Sebenarnya tak pasti adakah gam yang digunakan tu sesuai, tapi sebab gam tu ada berus kecil dia, jadi just cuba sahajalah. RM5 beli kat Daiso. Hasilnya laptop ni kembali berspeaker, walaupun taklah sesedap speaker laptop lain, sekurangnya ada juga berbunyi. Kalau nak cuci luar laptop yang dah teruk boleh guna magic spoonge, basahkan dan gosok. Nanti nak gosok lagi & nak cari cara nak bagi nampak gelap balik rubber kulit luar ThinkPad T60 ini. 


2 ulasan:

  1. Baru tahu pasal brand King Dian ni😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak dah jenama pelik-pelik sekarang ni, market dah semakin terbuka.

      Padam