Assalamualaikum. Sambung lagi entry berkenaan Trip ke New Zealand pada bulan September 2022 yang lalu. Entry ini adalah bersambungan dari Part 5 di sini. Aktiviti hari ini diteruskan dengan perjalanan balik ke Christchurch dari Greymouth. Perjalanan dengan jarak 241km sepatutnya mengambil masa selama 3jam dan 6minit. Bagaimanapun kami telah rancang untuk singgah di Hokitika Gorge pada awal perjalanan. Hokitika Gorge merupakan satu lembah sungai yang ajaib. Tidak pernah lagi jumpa di mana-mana pun sungai yang berwarna turqois yang jelas. Perjalanan untuk sampai ke sungai ini memerlukan kita untuk hiking di dalam hutan yang telah ada trek yang cantik. Di kebanyakan tempat disediakan pelantar yang diperbuat dari kayu. Dalam perjalanan kita akan bertemu dengan jambatan gantung sebelum sampai di kawasan sungai. Sebenarnya ini kali kedua kami sampai di sini. Beberapa tahun dahulu kami pernah sampai bagaimana pun telah ada penambahan trek menjadikan kami tidak perlu patah balik ke tempat parking. Trek baharu ini lebih panjang dan akan melintasi satu lagi jambatan gantung. Selesai di Hokitika Gorge kami meneruskan perjalanan ke Christchurch.
Bergambar kenang-kenangan di Motel yang kami diami di Greymouth |
Hokitika River yang ajaib |
Kali kedua sampai ke Hokitika Gorge |
Warna biru turqois yang amat jelas sekali |
Jambatan gantung baharu. Setahun lebih juga mereka menyiapkan jambatan ini. |
Seronok berhiking dikala cuaca sejuk |
Singgah sebentar bergambar dengan banjaran gunung yang mempunyai salji di atasnya |
Masih ada salji maka dapatlah bermain-main salji dahulu sampai kebas-kebas telapak tangan |
Susah nak cari tempat sesuai untuk solat jadi kami solat di tepi tasik Lyndon. |
Ehem.. |
Ambil wuduk di air tasik, solat menghadap tasik. Kita kena memberatkan solat dalam apa jua situasi. |
Bersambung lagi ke Part 7.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan