Wednesday, November 15, 2023

Menghadiri Dua Kenduri Pada 11.11

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Mungkin ada yang berbaju hijau hari ni kerana bersolidariti dengan Palestin. Aku dan isteri juga berbaju hijau hari ini. Gambar ada kat phone dia pula. Kalau solidariti dengan berbaju warna tertentu boleh sahaja kita ikut namun sebelum ini ada juga solidariti dengan cara puasa untuk Palestin. Yang ini tidak dibenarkan syarak kerana puasa merupakan ibadah khusus dan ia hanya dilakukan kerana Allah sahaja. Ibadah khusus yang dilakukan bukan kerana Allah adalah syirik kerana mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Hari ini punya pos berkisar tentang kenduri kahwin lagi. Kesian hangpa, pos lepas pun pasal kenduri, kali ni pun pasal kenduri. Harap bersabarlah ya kerana menghadiri jemputan kenduri itu hukumnya wajib jadi sedaya upaya kita cuba hadir. Kali ini di sekitar KL. Hari Sabtu tu aku dan Eryna bertolak ke KL berdua kerana wife tunggu di KL. Dia bekerja di Putrajaya dan aku di Penang (PJJ). Dalam perjalanan tu dia maklumkan untuk singgah ke satu jemputan di Damansara dahulu. Kami memang tak prepare nak pergi kenduri tu jadi pakaian apa yang ada sahajalah. Ia kenduri adik perempuan kepada adik ipar. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Untung kita banyak hadir kenduri ni kita akan secara langsung atau tidak akan mendoakan pasangan pengantin, sebenarnya secara tak langsung ia berbalik juga kepada kita sendiri. Jadi kalau nak bahagia keluarga kena banyak doakan orang lain bahagia, kena banyak hadir jemputan kenduri. Selesai kenduri aku teruskan perjalanan ke rumah emak di Gombak. 

Satu lagi kenduri dibuat waktu malam di Cheras, jadi tak lah terkejar2. Pukul 6 kami gerak ke Cheras untuk menghadiri kenduri sepupu lelaki yang aku juga hadir kenduri sebelah perempuannya di Pokok Sena pada minggu lepas. Jarang2 hadir kenduri kahwin waktu malam ni, apa pun menunya tetap nasi minyak, tetapi ada disediakan juga nasi putih dan lauk pucuk ubi dan cendawan masak lemak. Selain itu ada juga lauk kurma kambing. Fuh, sedap betul masakannya. Selesai makan kami solat di surau yang disediakan. Baguslah ada surau disediakan, biasanya kalau hadir kenduri ni sukar nak bergerak cepat, jadi bila ada surau tidaklah kelam kabut mengejar masa. 

Nak shopping 11.11 pun tak sempat tahun ni. Enjoy gambar2 di bawah.


Kenduri pertama di Damansara, sarung sahaja apa yang ada.

Kenduri kedua di Cheras. Cantik dewannya dan makanannya pun sedap sekali.

Majlis bermula agak lewat dan kami tak tunggu sampai habis.

Bergambar dengan emak. Semoga sihat dan ceria selalu.

Sekian dahulu untuk kali ini. Nak pergi cari sarapan pula ni. Terima kasih atas singgahannya dan komen.

14 comments:

  1. Dekorasi pelaminan nya cantik, nuansa putih,semoga emak selalu sehat".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika putih pengantinnya lebih menyerlah. Terima kasih doakan emak saya.

      Delete
  2. bila ada cuti panjang pasti ada kenduri kahwin kan..SA pun pi kenduri kahwin Sabtu lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti panjang + tarikh cantik. Memang jadi pilihan untuk mudah mengingat.

      Delete
  3. Cantik emaknya.. selamat pengantin baru utk mempelai.

    ReplyDelete
  4. i suka attend kenduri ;) nice pic of u and ur mom! i can't wait to see my mom next week ;)

    ReplyDelete
  5. Lagi banyak nikah bulan2 ini rasanya yaaaa. Beberapa kali baca tulisan teman2 blogger malaysia dan banyak yg menceritakan wedding. Dah lama saya tak hadir di pernikahan teman atau saudara, karena memang sudah pada menikah 😅. Jadi bukan masanya lagi. Menunggu anak2' mereka besar, lalu mengadakan wedding buat anak2nya 🤭

    Btw, kalo budaya di sana, biasa kasih amplop berisi uang atau hadiah berupa barang untuk pengantin bang?

    ReplyDelete
  6. Seronok pergi kenduri kawen dpt jumpa org yg tak selalu jumpa.. Makan free.. Kdg2 satu hari smpai ada 5 kenduri kawen bila dtg musim nya hihii.

    ReplyDelete
  7. Memang ramai kawen date ni..saya tak dapat cuti, kena kerja 😅 Selamat Pengantin Baru, Semoga berbahagia semua mempelai yang kahwin..Aamin!

    ReplyDelete
  8. satu kelebihan majlis orang kahwin ini...aura seronok itu boleh bawa sampai ke rumah

    ReplyDelete
  9. 11.11 saya cuma ingat tarikh sale dalam shopee je haha

    ReplyDelete
  10. Sedap tu lauk rare..pucuk ubi + cendawan masak lemak...11.11..tarikh cantik, kena pula hari cuti..mmg ramai yg buat majlis..

    ReplyDelete