Selasa, November 07, 2023

Menghadiri Majlis Perkahwinan Sepupu Emmier Dan Hazwani Di Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita semua dalam rahmat Allah dan dijauhkan dari musibah. Doa juga dipanjatkan buat saudara2 seIslam yang sedang dalam peperangan dengan musuh2 Allah, semoga Allah memberikan kemuliaan dan bantuan kepada Islam dan kaum muslimin di seluruh dunia. Petang ini aku nak kemaskini sedikit berkenaan aktiviti kami sekeluarga pada hari Sabtu baru ni. Pada hari berkenaan berlangsung majlis perkahwinan sepupuku Emmier dan pasangannya Hazwani di Pokok Sena, Kedah. Emmier ni bekerja dan menetap di KL begitu juga pasangannya. Cuma rumah keluarga pasangannya adalah di Pokok Sena. Jadi kami akan hadir sebagai ahli rombongan lelaki untuk majlis akad nikah dan perkahwinan seterusnya.

Kami bertolak dari Penang agak awal iaitu jam 10 pagi supaya sempatlah ke masjid untuk majlis akad nikah. Akad nikah dibuat di Masjid Kariah Sungai Durian, cantik masjidnya. Kami tiba dalam 11.30 pagi dah majlis telah pun selesai. Cuma pengantin dan tatamu belum beredar lagi. Sempatlah bersembang2 dahulu dengan saudara mara yang hadir majlis ini. Selesai sahaja majlis akad nikah rombongan pun begerak pula ke Dewan Haji Sobri tidak jauh dari masjid tadi. Tiada aktiviti2 bukan2 dalam majlis berkenaan, semakin ramai yang telah faham bagaimana perkahwinan yang sepatutnya berbanding zaman dahulu kala. Sebagai rombongan pengantin lelaki merangkap tetamu kami diraikan lebih sedikitlah iaitu mejanya telah tersedia dan makanan utamanya telah terhidang. Yang menariknya ada gulai daging batang pisang dihidangkan. Susah juga nak jumpa dah menu sebegini di majlis2 perkahwinan. 

Selesai bersantap kami bergambar sedikit sebanyak dengan pengantin sebelum mula bertolak pulang ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan wife mengomel katanya pengantin perempuan panggil dia makcik, padahal pangkat sepupu sahaja walaupun kami lebih tua lagi. Apapun semoga pasangan pengantin akan berbahagia selalu.

 

Nampak anggun Eryna yang sedang posing di tangga masjid. 

Selesai majlis akad nikah di Masjid Karian Sungai Durian, Pokok Sena.

Bergambar bersama pasangan pengantin yang diraikan.

 Setakat ini dahulu coretan untuk kali ini. Terima kasih.

21 ulasan:

  1. tu yg linda sendri pun seram nk bhasakan apa bila jumpa wanita2 di luar sana...nk pgil akak, takot linda lagi tua...nk pgil nama, kang dikata nya kita biadap...pgil makcik lg lah melenting..kikiki...tp linda ok je...pgil je lah pape nak...acik sedar diri..dah tua... 😂😂

    BalasPadam
  2. Mak cik pun boleh. Asalkan dihormati. 😂

    BalasPadam
  3. gabra tu..maklumlah first time jumpa saudara-mara belah suami...takpe, slow-slow kenal..

    BalasPadam
  4. orang pompuan mmg sensitif sikit bab-bab panggil makcik ni hehehe

    BalasPadam
  5. Sama juga ya..di mana"sama saja masalah penggilan,, saya kadang di panggil Tante,kadang ibu, tergantung yg memanggil, tapi enggak apa memang sudah ibu"😁yg penting sopan.

    BalasPadam
  6. muda sangat ke pengantin? LM dah pesan pada anak- anak , kalau nampak orang tu seusia ummi dalam awal 40an pun jangan panggil pakcik atau makcik.panggil je abang atau kakak.kalau dia kata eh panggil je pakcik, aku dah tua baru ubah. nak nak wanita. sentap ui kita, dah la pangkat sepupu

    BalasPadam
  7. Tahniah. semoga pasangan pengantin berbahagia selalu.

    BalasPadam
  8. Ternyata masalah gelar panggilan ini sama saja di Malaysia dan Indonesia. Tak ada yg suka dipanggil ibu, makcik, Krn merasa sudah tua 😂. Saya juga tak suka. Tapi Krn dulu saya kerja di bank, dan di sana ada standard untuk memanggil customer wanita dengan sebutan IBU, dan lelaki dengan sebutan Bapak, jadi kdg saya paham saat dipanggil IBU di beberapa instansi seperti bank atau rumah sakit. Krn memang sudah ada SOP nya. Tapi kalo di acara wedding saya dipanggil ibu, memang rasa bad mood langsung 😂😂😂

    Paling aman kalo di Indonesia sebutannya yg Orang2 akan senang, KAKAK. Lelaki atau perempuan sama saja 🤭👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya jalan selamatnya panggil kak atau abang lah. Kalau Indonesia ibu dan bapak itu panggilan seperti puan dan encik kalau di Malaysia.

      Padam
  9. Alhamdulilla.. selamat penganti baru..
    Lama tak makan gulai daging batang pisang..

    BalasPadam
  10. semoga pasangan pengantin kekal bahagia ke akhir hayat...aamiin

    BalasPadam
  11. Haha, sabar je la. Mungkin pengantin perempuan tu belum biasa lagi dgn family Faizal sebab tu terkeliru 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak biasa lagi, kali pertama jumpa.

      Padam
  12. seronok tu dpt attend wedding :) MZ esok nak attend wedding anak my colleague

    BalasPadam
  13. setakat ni kalau member ofis ke, intern ke, classmate semua panggil nama Cuya walaupun Cuya jauh beza umur dengn diorg

    baru rasa diri muda.. kekeke

    BalasPadam
  14. Semoga kedua mempelai diberkati Allah Hidup Aman Damai hingga ke anak cucu. Aminn..

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. Kerna tertanya2 aku terus cari maksud samawa. Rupanya sakinah, mawaddah, dan rahmah! Orang Indonesia sungguh kreatif dalam meringkaskan perkataan2.

      Padam
  16. Alhamdulillah seoga bahagia dan ceria d perkahwinan amin..
    Penang ke Pokok Sena okla kalau dri KL jenuh nak drive :D

    BalasPadam