Khamis, Mei 09, 2024

Menghadiri Jemputan Kenduri Perkahwinan Dan Merasmikan Rumah Baharu

Assalamualaikum semua, bertemu lagi dalam catatan kali ini. Hari ini merupakan hari terakhir bagi bulan Syawal 1445. Kut-kut ada yang sedang mahu habiskan puasa 6 hari maka hari ini adalah hari akhir. Ada pertanyaan macam mana sekiranya seseorang itu tak sempat menghabiskannya dalam bulan Syawal ini, bolehkan di sambung pada bulan Zulkaedah? Mengikut pendapat yang kuat mengatakan tidak boleh kerana ia khusus pada bulan Syawal sahaja. Bagaimanapun ada juga pendapat yang mengatakan boleh kerana pada hadis anjuran puasa 6 itu di sebut "min syawal" bermaksud bermula Syawal dan tidak ditetapkan hanya dalam bulan Syawal sahaja. Dalam melalukan suatu ibadah penting untuk kita tahu dahulu perbahasan tentangnya, ia akan memudahkan kita untuk membuat pertimbangan.

Berbalik kepada catatan kali ini, ia adalah berkenaan menghadiri jemputan kahwin anak saudara belah isteri di Shah Alam. Disebabkan wife di KL maka aku seorang travel naik bas pada malam hari Jumaat tu, bas sepatut bertolak jam 10.20PM tapi hakikatnya 10.50PM baru bertolak. Sampai ke Putrajaya Sentral dalam pukul 5.00AM. Lama jugakan, mugkin sebab ada berhenti di beberapa tempat yang aku pun tak perasan sangat sebab sedap tidur sahaja dalam bas.

Tengah hari Sabtu tu kami ke tempat kenduri tapi sebelum tu sempat mengangkat barang-barang isteri yang berpindah rumah di Cyberjaya. Nasib baik pindah blok sahaja dari rumah yang di sewa kepada rumah yang di beli. Puan isteri decide untuk beli studio apartment, ada satu bilik. Jadilah buat rumah persinggahan bila ke Cyberjaya. Di bawah apartment tu ada juga kedai-kedai makan dan kedai runcit. Yang menariknya ada satu kedai mamak tu ada menyediakan hidangan sup kambing. Aku dah lama tak pekena sup kambing ala mamak ni. Makan dengan roti memang best. Belum explore lagi kemudahan-kemudahan yang ada kat rumah baru ni, ada kolam yang macam menarik. Nanti bila-bila datang bolehlah cuba. Balik dari kenduri sambung pindah barang sampai ke malam jugalah. Malam tu tidur dengan nyenyaknya sampai tak sedar apa. Keesokan paginya aku balik ke Penang dari Putrajaya Sentral juga. Seronok juga sekali sekala naik bas. Nikmati gambar-gambar di bawah.

  

Awal pagi sampai ke Putrajaya Sentral.

Cantik tempat kendurinya di Shah Alam.

Bergambar dengan anak buah. Baik budaknya ni.

Dapat goodies dan ada photobooth yang print terus gambar.

Terselit pula di situ.

Bergambar dengan pengantin.

Pekena roti dengan sup kambing.

Sepupu sepapat belah keluarga isteri ni satu sekolah menengah, tak tak sempat sebab senior jauh.

Besar kolamnya.

Permandangan dari tingkat 16.

Ada juga deck di luar rumah.

Dalam bas untuk balik ke Penang.

Setakat ini dahulu catatan kali ini. 

13 ulasan:

  1. Samawa buat mempelai berdua...asiik anak" pasti senang
    dan betah berenang kalau tinggal di apartemennya bang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah belum berkesempatan untuk berenang lagi ni.

      Padam
  2. ikut senang membacanya
    selamat ya
    semoga sukses selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada kurang faham, boleh tanya sahaja. Yang pasti jika guna perkataan rasmi biasanya bahasa Indonesia dan Malaysia senang sahaja untuk difahami.

      Padam
  3. memang best bila dpt print gmbr kat photobooth tu hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best sebab free haha. Baru ni ada photobooth macam ni kat program sekolah anak, mereka charge sampai RM15 sekeping. Berfikir juga dibuatnya.

      Padam
  4. sesekali teringin gak nak miliki condo...nak buat raso2. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah cari satu Abam. Belah KB pun dah ada kan projek kondo?

      Padam
  5. Alhamdulillah, studio room tu pun dah sgt seronok.. aslkan milik sendiri..

    BalasPadam
  6. Ternyata di Malaysia juga bas mengalami keterlambatan.
    Saya belum pernah makan roti dengan gulai kambing. Aku sangat menyukai gulai kambing.

    Selamat menjalani kehidupan pernikahan. Semoga selalu bahagia :)

    BalasPadam
  7. wahhh tahniah!
    best nyaaa studio apartment!
    sy mmg sukaaaa dr dulu tp x penah nak dpt peluang utk sewa sbb selalu penuh je...
    studio tu dkt dgn stesen MRT ke? ke... jauh?

    BalasPadam
  8. Cantiiiik sangat pelaminan pengantin ❤️. Semoga kedua mempelai dirahmati selalu, dan semakin lancar rezeki setelah menikah.

    Saya pun lebih memilih naik bus tiap kali ke Penang dari KL atau sebaliknya. Lebih nyaman juga. Dan banyak pilihan bus.

    BalasPadam