Isnin, Oktober 05, 2026

Konvensyen Tadabbur Al-Quran 2026

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari Sabtu baru ni sempat menghadiri Konvensyen Tadabbur Al-Quran 2026 bersama isteri. Program ini dianjurkan oleh Shabab Way dan Lin Nisa'. Tak pernah dengar sebenarnya dua penganjur ni tapi duk rasa mungkin ada kaitan juga dengan Ghulam Al-Dakwah yang diterajui oleh Ustaz Abdul Muien Abdul Rahman yang masyhur dengan kuliah tadabbur di samping aktiviti dakwah dan kebajikan mereka. 

Konvensyen diadakan di PICC, Putrajaya. Mula-mula daftar acara ni sebenarnya tak berjaya sebab dah penuh tapi penganjur ada tambah seat kemudiannya. Bila mula daftar dan penuh tu aku terus pm penganjur. Dalam beberapa hari mereka inform ada buat penambahan seat. Aku pun cepat-cepat daftar, tak sangka puan isteri pun teringin nak join. Mungkin sebab di Putrajaya, senanglah sebab dah ada tempat tinggal yang dekat.

Program bermula jam 9 pagi, dalam dua sesi awal, ustaz Muien membuat kupasan tentang  awal adalah tentang 1. Siapa Ahlul Quran? dan 2. Al-Quran Sumber Ketenangan Dan Rezeki. Bagi yang dah lazim membaca Al-Quran, konvensyen ini membuka minda tentang apa yang tujuan utama Al-Quran diturunkan. Tidak cukup sekadar dibaca dan dihafal tetapi yang lebih utama Al-Quran perlu difahami dan kandungannya perlu disebarkan melalui dakwah. 

Di sebelah petang ada perkongsian dari ustaz-ustaz lain dan ada juga slot yang disampaikan oleh pelajar-pelajar tadabbur. Ada yang menyampaikan tazkirah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Bagus rencana mereka kerana dah petang tetapi tak mengantuk dibuatnya. Slot di akhiri dengan forum bagaimana tadabbur mampu mengubah seseorang itu.  

Ringkas sahaja catatan kali ini, untuk rekod peserta yang hadir mencecah 2,600 orang. Satu angka yang besar, dan tak sangka banyak peminatnya tadabbur ni. Selesai program aku dan isteri singgah Amir Damascus di Cyberjaya. 

Rakaman disediakan:

  
Uploaded Image
Dapat buku catatan Konvensyen Tadabbur tapi pen tak bagi pula huhu. 

Uploaded Image
Permandangan sekitar Putrajaya dari PICC, boleh tahan kuatnya jerebu hari tu.

Uploaded Image
Disediakan meja-meja di luar dewan sebagai tempat makan tengah hari.

Uploaded Image
Suka tengok petugas-petugas yang ramainya anak-anak remaja. Beruntung dan terlibat dengan program sebegini.

Uploaded Image
Sayup-sayup sahaja nampak ustaz di atas stage. Nasib baik ada paparan yang besar di kiri kanan dewan. 

Uploaded Image
Kameraman lagi. 

Uploaded Image
Bergambar pada bunting program di luar dewan. 

Uploaded Image
Singgah makan malam di Amir Damascus. 

Uploaded Image
Barbican pomegranate. 

Setakat itu dahulu catatan kali ini. Nak balik rumah dah. 

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah, rezeki dapat tambah seat dan akhirnya dapat hadir berdua dengan isteri. 🤲 Menarik pengisian tentang Ahlul Quran, terutama peringatan bahawa Al-Quran bukan sekadar dibaca dan dihafal, tetapi perlu difahami serta diamalkan.

    BalasPadam
  2. Takde rezeki Sis nak join. Sebab baru sampai Jb Jumaat mlm tu. Yang team muslimah color maroon ramai² tu, dari team tadabbur sister kami di Pasir Gudang laa tu dtg dr Jb naik bas.. Sis ikuti dr youtube aja pagi tu.. sangat bermanfaat dan byj terpukul dengan kata² Ustaz

    BalasPadam