Khamis, September 19, 2024

Morning Walk Sekitar Cyberjaya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Catatan kali ini lebih berkisar kepada gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti morning walk di sekitar Cyberjaya. Bila kita sampai di tempat baru biasanya kita akan gemar untuk explore tempat-tempat baru dan bila melihat sesuatu yang baru biasanya kita akan cuba untuk merakam suasana baru sebagai pengalaman baru. Salah satu cara untuk kita merakam pengalaman ini ialah dengan mengambil gambar atau video. Sepanjang dua hari di Cyberjaya aku telah berjalan kaki di waktu pagi menuju ke tempat yang tidak pasti. Hanya ikut kaki sahaja. Agak-agak sudah agak jauh, aku akan patah balik. 

Cyberjaya ini merupakan kawasan yang terancang sama seperti juga dengan Putrajaya. Bila ia dirancang dengan baik maka kawasan ini boleh dikatakan mesra pejalan kaki. Ruang untuk pejalan kaki biasa ada dan agak selesa juga untuk berjalan ke mana-mana. Bagaimana pun ia tidaklah sempurna, masih ada juga tempat-tempat yang terpaksa juga jejak ke tanah berbanding pavement khas untuk pejalan kaki, mungkin perkara ini boleh di tambah baik di masa akan datang.

Dalam catatan ini aku kongsikan 12 keping gambar yang diambil di sekitar tempat kediaman di waktu pagi. Sebentar lagi kami akan berangkat ke Gombak pula untuk menziarahi bonda tercinta. Sudah agak lama juga tidak bersua mata. Nikmat gambar-gambar di bawah ini.


Cantik bila pokok-pokok renek ditrim mengikut paras tertentu.

Baru perasan sekolah private ni, cantik bangunan utamanya.

Senibina lama bangunan di eropah.

Ada sekolah rendah dan juga sekolah menengah dalam kawasan yang sama.

Semakin banyak kondominium dibina di kawasan Cyberjaya.

Permandangan kolam mandi yang masih belum dapat dijejaki.

Waktu hampir matahari terbenam.

Pagi hari kedua ini ambil route lain pula.

Permandangan kampus Cyberjaya University.

Agak besar juga saiz bulan hari ini.

Permandangan Cyberjaya dari tingkat 16 di waktu pagi.

Pokok Syzygium Gratum yang ditanam di koridor sedang menghasilkan bunga yang menarik perhatian.

 

10 ulasan:

  1. Tempatnya bersih ya, pemandangannya indah.

    BalasPadam
  2. Belum lagi jejak kaki ke Cyberjaya..harap ada kesempatan suatu hari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin, boleh pusing2 satu dua hari. Tiada apa sangat pun sebenarnya.

      Padam
  3. Akak Cyberjaya ni penah sampai setakat sekali ke 2 kali cam tu lah. ramai bangsa asing di sini kan. yg belajar di universiti di sini. bandar yg tersusun.

    BalasPadam
  4. Orang kata waktu malam cyberjaya ni sunyi... betul ke?

    BalasPadam
  5. Rindu Cyberjaya ni. 2016 menetap & menyewa hampir setahun. Memang best brisk walk dan berbasikal keliling tasik. Tapi masa tu, ramai betul foreigners Arab + Africa American. Kalau hantar anak soleh solat Jumaat di Masjid Cyberjaya tu, macam di oversea je. Tak ramai orang kita.

    BalasPadam
  6. Dah lamaaa sangat tak cyberjaya. Mungkin terakhir kali saat kuliah dulu 😄. Semakin baguuus yaa, saya suka dengan banyak tempat utk jogging, sejuk pula Krn banyak tanaman. Apalagi fasilitasnya pun lengkap sampai ada sekolah berbagai tingkatan.

    BalasPadam