Isnin, April 28, 2025

Travelog Shkoder, Tirana (Albania) dan Ohrid (North Macedonia)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Marilah kita sambung siri pengembaraan Balkan 2025 yang telah berlaku pada bulan Januari lalu. Mungkin ada dua atau tiga lagi catatan baru siri pengembaraan ini akan tamat. Jika hari sebelum kami melalui 4 buah negara, catatan hari ini hanya merangkumi 2 buah negara iaitu Albania dan North Macedonia. Penting untuk dicatatkan di sini ialah guide kami berasal dari North Macedonia lebih tepatnya di Ohrid, salah satu destinasi penting dalam pengembaraan ini pada hari ini. 

Sebelum memulakan perjalanan, recap sedikit perkara yang berlaku pada malam tadi ketika nak check ini ke hotel. Rupanya berdekatan hotel kami menginap iaitu Alis Hotel adanya kedai pakaian LC Waikiki. Sebelum trip ini aku tak tahu pun tentang LC Waikiki tetapi ada ahli trip yang beri tahu tentangnya, di KL telah pun ada satu atau dua branch. Pada aku LC Waikiki ini sesuai untuk yang mencari pakaian harian dengan harga berpatutan, kualitinya bagus dan katanya brand ini berasal dari Turkey. Selepas check-in aku dan isteri bergegas ke LC Waikiki, bukan ada apa nak beli sangat pun cuma agak teruja sahaja. Waktu itu dah hampir jam 9 malam dan kedai dah nak tutup. Banyak juga offer terutamanya pakaian musim panas. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya di Alis Hotel, sempat juga basuh pakaian dalaman sebelum tidur dan sangkut dekat heater. 

Pagi itu kami meneruskan perjalanan dari Shkoder, Albania ke Ohrid, North Macedonia melalui ibu negara North Mecedonia iaitu Tirana. North Macedonia ini biasanya orang akan sebut Macedonia sahaja, cuma dari segi konflik perebutan kawasan dan nama kalau tak silap Bulgaria tidak membenarkan guna nama Macedonia kerana pada mereka Macedonia adalah sebahagian mereka. Perjalanan agak panjang dan kami jangka ada adalah tour di Tirana rupanya seperti lintas sahaja di Tirana, mungkin kesuntukan masa untuk mengejar aktiviti di Ohrid atau tour guide kami yang teruja nak menunjukkan kampung asal-usulnya kepada kami. 

Tengah hari itu kami berhenti rehat di Kompleksi Nogu yang masih dalam negara Albania. Di sini ada kawasan yang luas, ada toilet yang di jaga oleh anjing besar yang menyebabkan serba salah sama ada nak masuk atau tidak huhuhu. Lega dapat meregangkan otot-otot di sini. Kawasan ini sebenarnya agak terpencil tetapi agak lengkap juga. Tengah hari tu seronok betul sebab dapat makan nasi yang berwarna kuning bersama potongan daging yang besar juga. Kami juga dihidangkan dengan dessert seperti puding yang sedap. Macam biasa sentiasa setiap hidangan disediakan air mineral. Kalau nak air manis kena order sendiri. Sebelum naik bas kami sempat beli kopi dan sebelum bertolak kami solat dalam bas kerana tak jumpa kawasan yang bersih.

Kami tiba di Ohrid dalam jam 2PM. Di sini kami dihidangkan dengan permandangan tasik Ohrid yang sangat cantik. Aktiviti kami di sini ialah tour dengan bot mengelilingi tasik Ohrid. Aktiviti ini merupakan aktiviti pilihan dan kos bagi tiap peserta ialah 40 Euro jika tak silap. Yang bestnya hanya kami sahaja dalam bot yang luas itu, ada deck di atas, di hadapan dan di belakang. Kami juga diberikan minuman kopi atau coklat secara percuma. Tak dapat digambarkan betapa cantiknya permandangan. Apapun trip sebegini mengingatkan trip kami dengan bot sebelum-sebelum ini di Milford Sound, Bosphorus Strait dan Tasman Sea.  

Selesai aktiviti dengan bot kami berpeluang jalan-jalan di bandar Ohrid, di sini ada 3 masjid yang letaknya tidak jauh antara satu sama lain dan kami sempat solat di dalamnya. Kami tidak sempat berjemaah kerana setelah azan Maghrib mereka terus solat tanpa ada solat sunat. Jemaahnya pun tak ramai kalau tak silap ada 4 orang sahaja. Selesai aku dan abang ipar aku solat mereka merempat mengadap kami menyebabkan kami terpinga-pinga. Mungkin ada yang tidak kena pada mereka. Apapun dari pengamatan gaya mereka seperti sekte sufi.

Setakat ini sahaja dahulu. Hari ni adalah hari akhir Ramadan 1446 dan aku berpuasa 6 yang terakhir. Betul-betul last minit ni. Ada pendapat mengatakan puasa 6 tidak terbatas hanya di bulan Syawal kerana lafaz hadith sebut "min Syawal" bukan "fi Syawal" yang bermaksud bermula Syawal dan bukan pada Syawal. Apapun yang masyur biasanya orang akan habiskan dalam bulan Syawal juga, cuma bila tak sempat, ada halangan boleh sahaja disambung di bulan Rabiul awwal. Semoga Allah terima.    


Baru lepas check-out hotel.

Nampak LC Waikiki sebaris dengan Iris Hotel.

Hidangan makanan tengah hari yang lazat sekali.

Tiada yang dapat menandingi cantiknya tasik Ohrid.

Bahagian deck atas sebelum semua bertebaran dalam bot.

Cuaca yang dingin bagaimana pun adanya matahari buat suasana lebih cantik.

Laut yang membiru dengan riak ombak yang tenang. 

Ohrid.

Jalan-jalan kota Ohrid.

Solat di sebuah masjid di Ohrid.

Senibina Turkey jelas kelihatan.


Sekian dahulu.

13 ulasan:

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah, dapat release sikit pening-pening bekerja.

      Padam
  2. Subhanallah cantiknya bumi Allah, thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia, antara yang kita boleh ambil pengajaran dari sebuah perjalanan ialah dengan mengagumi ciptaan Allah.

      Padam
  3. Cantik betul tasik dan view gunung belakang tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia sangat cantik, suasananya tenang dan menyegarkan. Lupa habis segala masalah.

      Padam
  4. Oh di Malaysia ada LC Waikiki ya? Indonesia blm masuk lagi. Tp saya tahu brand ini sebab saat trakhir ke Turkiye, teman2 banyak belanja di LC Waikiki ini, beli Macam2 winter jacket 😄. Saya pula tak beli apapun, sebab size tak ada yg sesuai 😂. Besar semua

    Tapj memang muraaah sangat.

    Kalo dah kelamaan tak makan nasi, lalu jumpa nasi dengan lauk, memang berasa sedap kan bang 😄. Apalagi ada sambal. Saya belajar dari pengalaman ke Turkiye, memang tak sesuai dengan kuliner mereka. Jadi tiap pergi selalu bawa sambal sekarang ini 🤭

    Issh saya tak selesai pula puasa Syawal. Banyak sangat godaan macam2, lalu sakit pula. Dah sehat, habis Syawal. Tp kalo bisa sambung macam yg Abang bilang, boleh juga. Cuma rasanya saya nak lunaskan hutang puasa dulu lah. Biar tenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. LC Waikiki telah ada di Malaysia tapi saya belum pernah sampai, kalau di sana saya kena turunkan satu saiz atau dua kerana sizing di sana besar. Di Malaysia mungkin telah disesuaikan dengan sizing Asia. Sambal sentiasa ada, cuma kadang tertinggal di dalam beg atau di bilik ketika makan. Menyesal bangat. Bagusnya selesaikan wajib dahulu apa pun jika nak buat puasa 6 sekali boleh di lewatkan juga ganti puasanya sebagaimana Aisyah RA selesaikan ganti sampai ke bulan Syaban. Ada banyak pendapat namun saya kurang setuju pendapat yang mengatakan yang wajib dan sunnah boleh digabung.

      Padam
  5. Balasan
    1. Iya satu keajaiban keindahan di bumi Balkan.

      Padam
  6. cantik tempat tu...kalau tak pergi memang tak terfikir dan ternampak la jawabnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, sebelum sampai memang tak terfikir apa pengalaman yang kita akan lalui. Sebab tu kadang saya tak suka nak cari dahulu infonya. Biar suprise.

      Padam
  7. diam2 je dah smpi turkiye ya hahaha...

    tp tu laa kan betapa besarnya pengaruh empayar uthmaniah pada masa dulu. bkn kat negara2 balkan je... kat mesir pun sama juga... byk seni bina turki kat sana...

    btw tasik ohrid tu tasik semula jadi ya?

    BalasPadam