Memaparkan catatan dengan label Dell Inspiron. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dell Inspiron. Papar semua catatan

Isnin, Februari 12, 2024

Projek Hari Ini (Semalam)

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Tengok ramai yang update cuti2 Malaysia di blog masing2. Mungkin ada juga yang masih lagi dalam mood cuti sempena extra cuti kerana Tahun Baru Cina. Aku pula tak ke mana2 tempat yang signifikan pada hujung minggu ini. Entah mengapa tak rasa nak keluar dari rumah sangat mungkin salah satu sebabnya ialah cuaca yang panas. 

Pagi semalam bersarapan lempeng cicah dengan sambal ikan bilis. Puan isteri buatkan sarapan semalam. Lepas tu duk rehat2 sampailah tiba2 aku dapat call dari seorang perempuan. Dia bertanya sama ada ini kedai repair laptopkah? Aku jawab aku adalah buat repair sikit2. Laptop dia Dell Inspiron 14 tak boleh on katanya. Tak berapa lama dia pun muncul di depan rumah. Dia menapak dari hostel politeknik sorang2. Aku pun minta dia tinggalkan untuk aku check. Dia pun balik semula ke hostel. Aku pun mulalah cuba menghidupkan laptop dia. Bila semak dengan multimeter, chargernya tak rosak. Kemudian aku cuba hard reset. Untuk hard reset nak kena tanggalkan kabel bateri dari motherboard bermakna kena buka cover di bahagian bawah. Tekan lama power button dan on semula namun tetap tak charging laptop dia. Kemudian aku check juga semua connection ke motherboard nampak semuanya ok. Inspect capasitor sikit2 pun nampak ok. Tiada juga bahagian panas pada motherboard. Last2 aku give up, dan call owner cakap aku nak return balik sebab tak berjaya repair. Laptop dia baru lagi jadi aku sarankan dia call support terus kerana masih dalam warranty.

Aku juga hantarkan laptop tu kepada dia tanpa perlu dia menapak semula. Kesian jugakan kepada student2 ni. Sedang nak hantar tu ada pula yang mengirim aiskrim. Untung pun tiada lepas tu kena pau pula, hahaha. Oklah panas2 kan. Aku mencuba Ovaltine Dark Choc Crunchy. Sedap juga rasanya.

Petangnya pula aku tukar minyak hitam motor. Aku biasanya maintenance yang simple2 aku akan buat sendiri. Kita dapat praktikkan ilmu dan pemahaman sendiri. Dalam pada itu kita akan belajar pula dari kesilapan2. Contohnya bekas takung minyak yang bocor, huhuhu. Lain kali kena check dahulu betul2.   

Setakat ini dahulu catatan kali ini. Nanti update lagi cerita Umrah 2024. Bukan apa kalau aku habiskan catatan umrah nanti takut ada yang bosan pula. Ada juga yang komen seolah2 aku masih berada di sana sedangkan di sana lupa terus pasal blog ni, huhu.