Assalamualaikum semua. Semua sihat belaka di samping keluarga. Hari Sabtu baru ni bermulalah episod baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Puan isteri bertukar tempat kerja jauh nun di Putrajaya sedangkan aku di Penang. Bertolaklah kami 3 beranak ke Putrajaya pada pagi Sabtu itu selepas bersarapan nasi lemak. Disebabkan nak drive jadi terpaksalah kurangkan sedikit makan takut mengantuk pula nanti. Setelah penuh bonet, tayar pun bergolek. Alhamdulillah perjalananan adalah lancar dan kami hanya berhenti sekali di R&R Tapah untuk melepaskan penat.
Sebelum ke rumah tumpangan sementara, kami ke IOI untuk makan tengahhari, agak terkejut dengan suasana di situ kerana ramai sangat orang, dah aku rasa macam ini first time sampai ke IOI Mall ni. Tempat makannya punyalah banyak, perasan banyak betul makanan Korea kat situ. Kami pilih makan di Taco Bell. Ok juga cuma anak tak cukup sampai kena order sekali lagi huhu.
Selesai itu terus ke rumah dan mengangkut barang2 dari kereta. Wife menumpang di rumah kenalan dahulu sebelum apply kuarters, harap dapat cepatlah kuarters tu nanti sebab plannya kalau dah dapat kuarters nanti anak pindahkan anak ke sekolah di sana. Malam itu kami keluar ke Alamanda untuk beli beberapa perkara, beli makanan untuk malam itu.
Keesokan paginya bermulalah episod sedih, balik ke Penang naik ETS berdua dengan anak. Dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral kemudian ke Bukit Mertajam. Sekejap sahaja rasa untuk sampai mungkin sebab banyak tidur. Yang terkilan sikitnya pagi tu tak sempat sarapan, ingat macam2lah ada dalam ETS tu sekali banyak yang tak ada. Sampai2 rumah keluar baliklah ke McD untuk membeli jiwa anak perempuan seorang tu.