Memaparkan catatan dengan label Gangguan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gangguan. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 07, 2024

Pengalaman Tiada Air Di Pulau Pinang

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pertamanya nak mohon maaf kerana agak lama juga tidak membuat catatan di blog ini. Tiada alasan yang kukuh cumanya baru perasan juga kadang bila kita ada sedikit tekanan kerja kita akan kurang mood untuk buat catatan, Mungkin hanya saya seorang. Mungkin juga otak kita hantar arahan bahawa kita kena utamakan kerja yang penting dahulu sebelum yang kurang penting. Apa pun taknak pula jadikan ia alasan sangat sebab masa masih ada jika kita peruntukkan.

Selain dari urusan kerja, ada juga urusan menuntut ilmu mungkin menjadi penyebab. Baru enrol 1 course bertajuk Silsilah Ilmiyyah Fiqih Manasik Haji Sesuai Tuntunan Rasūlullāh yang bermula hari ini dan akan berakhir dalam 5 minggu. Dalam seminggu lepas telah ada muqaddimah Pengagungan Terhadap Ilmu selama seminggu. Dalam masa yang sama ikuti Silsilah Ilmiah Beriman Kepada Hari Akhir Bahagian 3 bermula hari ini dan tadabbur Al-Quran baru sampai Al-Baqarah ayat 14, tadabbur ni ikut pace kita sendiri. Nanti saya share nota tadabbur tu.

Berbalik kepada masalam air di Pulau Pinang, secara spesifiknya Seberang Perai Tengan dan Seberang Perai Selatan. Secara ringkasnya ianya bermula dari hari Jumaat dan sepatutnya selesai pada jam 10AM hari Sabtu, sekali ada masalah paip besar pecah di tempat lain menyebabkan air hanya dapat semula pada pukul 3PM hari Ahad. Jenuh juga sebab kalau ikut perancangan mereka sepatutnya tiadalah masalah sangat, sekali drag banyak tempoh penyelenggaraannya. Dari masa ke semasa duk check update laman PBAPP di facebook.

Dua harilah terpaksa keluar dari rumah untuk mencari air, nasib baik juga ada takung air sedikit. Credit kepada puan isterilah yang gigih menakung air sampai ke bekas2 kecil pun semua dibubuh air. Hari Sabtu kami mencari makan di Kulim, cari punya cari sampailah ke Restoran Daun Kunyit. Ada ikan bakar dan pelbagai lauk lain. Kami bersarapan merangkan makan tengah hari sekali. Berbaloi dengan ikan bakar yang agak besar makan 3 orang dalam RM50. Selepas itu kami ziarah kenalan di Kulim, dah alang-alang sampai lagi pun lama tak ziarah kenalan ini. 

Hari Ahad pula, disebabkan masih tiada air, kami ke Bertam untuk makan pagi, shoping groceries dan dobi baju. Menarik juga makan di Restoran Dapoq 5 Beradek. Bila ada menu lontong biasanya akan pilih lontong kerana agak susah nak jumpa. Setelah itu, selesaikan apa yang patut di Mydin dan kemudian mendobi. Sampai rumah tak lama tu baru air masuk. Dalam pukul 3PM baru air mula masuk. Lega betul, seronok baca komen2 orang di page PBAPP tu. Ada yang sampai 3AM tadi masih belum dapat air. Kesian dengan nak kerja dan sekolahnya. Selepas ni kena prepare for the worst case, tak boleh ambil mudah.

Rabu, November 01, 2023

Di Suatu Malam Yang Hening (Menyeramkan)

Suasana Hening Di Waktu Malam

Assalamualaikum kepada semua para pembaca. Baru tadi ni aku scroll2lah gambar2 kat phone. Entah macam mana terjumpa gambar di atas ni. Date gambar ni 1 November 2006 iaitu secara bertepatannya dengan tarikh hari ini 17 tahun dahulu. Macam mana gambar ini boleh ada dalam galeri phone pun aku tak tau. Phone ini baru aku guna semenjak 2019.

Aku tenung2 gambar ini rasa familiar sangat, ini tempat aku bekerja 17 tahun dulu di Jaring Communications di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Ketika itu aku memang bekerja kebanyakannya shif malam. Kapada yang tidak tahu tentang Jaring, ia merupakan satu syarikat pembekal perkhidmatan internet suatu masa dahulu. Syarikat ini telah berkubur dan tiada lagi hari ini.

Secara tidak langsung aku terus meremang bulu roma bila terkenangkan pelbagai peristiwa ketika itu. Ada ketikanya aku bekerja seorang diri di bermula jam 11 malam sehingga 7 pagi. Antara peristiwa yang paling menyeramkan pada ketika itu ialah dalam banyak2 workstation kosong yang tiada orang bekerja pada shif malam itu ada sesuatu sedang menaip keyboard. Keyboard pada ketika itu bunyi agak kuat berbanding keyboard sekarang yang flat dan tiada berbunyi. 

Bila berseorangan aku hanya mampu untuk memberanikan diri melihat ke arah bunyi itu datang namun memang tiada siapa pun di situ. Dalam hati baca ayat Kursi supaya yang mengganggu itu pergi segera. Itulah antara kenangan bekerja di Jaring di waktu malam bila berseorangan. Ada beberapa kali juga peristiwa menyeramkan ini berlaku. Ada juga bunyi mesin fotostat, kelibat2 bayangan dan sesuatu di luar cermin seperti memerhati. 

Itulah sahaja buat masa ini. Lain kali berkongsi lagi.