Memaparkan catatan dengan label Ink. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ink. Papar semua catatan

Khamis, Jun 06, 2024

Inking time for my Jinhao 82 Mini

Assalamualaikum. Sekadar catatan ringkas petang ini adalah berkaitan hari ini. Tiba-tiba boss ajak masuk meeting hod, sedangkan selama ini tak pernah masuk pun. Semuanya kerana unit IT kena bentangkan tentang Pelan Bencana IT. Join sahajalah jawabnya. Sebelum tu siap-siap service fountain pen dan isi ink dahulu pagi tadi. Agak menakutkan dan renyah bagi yang tak biasa menggunakan fountain pen, tengok sahajalah gambar di sebelah. Sebenarnya ok sahaja dan aku enjoy buat kerja cuci-cuci ni. Kepuasannya bila menulis pada buku atau kertas. Selain itu pagi ni merasmikan baju batik baru, tempah kat Kota Bahru masa ke sana setahun dulu. Lama betul peram, satunya sebab sayang nak pakai sebab dia nilah batik yang paling mahal. Memang plan nak pakai bila ada apa-apa majlis ke last-last pakai buat masuk meeting sahaja. Setakat ini sahajalah dahulu, nama pun catatan ringkas. Dah boleh sambung buat kerja tu.